Keratan Akhbar
A- A A+

re 16.1

DINOSAUR pernah tinggal di Malaysia. Ini bukan cerita dongeng lagi tetapi sebuah hakikat. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan penemuan cebisan fosil gigi dinosaur di sebuah kawasan pedalaman di Pahang.

Penemuan fosil dinosaur di Pahang meletakkan Malaysia berada dalam peta dinosaur dunia. Usia hutan negara ini yang dianggarkan beratus juta tahun juga menguatkan kewujudan dinosaur di Malaysia.

Penemuan berkenaan hasil kajian sekumpulan penyelidik paleontologi dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama dua universiti dari Jepun - Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto.

Ini merupakan penemuan dinosaur pertama di negara ini. Laporan akhbar menyatakan ahli geologi tempatan yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo percaya fosil haiwan prasejarah boleh ditemui di banyak lokasi lain di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abd Razak berpendapat kemungkinan besar lebih banyak fosil dinosaur boleh ditemui di jajaran Johor, Pahang dan Terengganu berdasarkan jenis batuan di kawasan berkenaan yang usianya sama ketika kewujudan dinosaur.

Malah fosil tumbuhan purba yang berusia ratusan juta tahun ditemui di Paya Peda, Terengganu yang berkemungkinan besar ada kehidupan lain termasuk dinosaur hidup pada masa itu.

Ketua Penyelidiknya, Dr. Masatoshi Sone berkata, pihaknya telah memulakan kerjasama penyelidikan dan menjalankan ekspedisi lapangan bagi mencari tinggalan dinosaur yang masih ada di Malaysia bermula September 2012.

"Baru-baru ini kami berjaya mengesahkan kehadiran tinggalan sisa dinosaur (fosil gigi) di Pahang," katanya semasa sidang akhbar mengumumkan penemuan fosil dinosaur baru-baru ini.

Dr. Sone dan seorang lagi penyelidik Profesor Ren Hirayama dari Universiti Waseda, Tokyo - pakar paleontologi reptilia telah mengenal pasti salah satu daripada fosil gigi sampel UM10575, dimiliki oleh dinosaur spinosaurid (seekor dinosaur karnivor pemakan ikan).

Sampel UM10575 bersaiz 23mm panjang dan 10mm lebar menepati struktur gigi theropoda (dinosaur karnivor). Fosil berkenaan ditemui dalam lapisan batu lewat Zaman Mesozoic kemungkinan besar dalam era Cretaceous (75 juta-145 juta tahun lalu).

Kajian berkenaan dijalankan oleh kumpulan penyelidik UM, Prof Madya Dr. Sone dan Teng Yu He manakala saintis Jepun melibatkan Prof. Dr. Ren Hirayama dan Masataka Yoshida dari Universiti Waseda serta Prof. Madya Dr. Toshifumi Komatsu dari Universiti Kumamoto.

Kajian sebelum ini menunjukkan sedimen Jurassic­-Cretaceous banyak terdapat di Semenanjung Malaysia. Jadi kumpulan penyelidik telah menyasarkan kawasan berkenaan bagi mencari sisa tinggalan dinosaur.

"Dijangkakan terdapat banyak lagi sisa tinggalan dinosaur yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan kami akan terus menjalankan kajian dan kerja lapangan yang mungkin memberikan lebih banyak penemuan," katanya.

Di samping membuat pengumuman mengenai penemuan berkenaan, kawalan keselamatan dan konservasi yang perlu dilakukan bagi membenarkan hanya penyelidik bertauliah saja terlibat dalam kajian berkenaan.

Sumber : http://www.utusan.com.my/

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.