Keratan Akhbar
A- A A+

Alor Setar: Kerajaan negeri menyokong usaha dijalankan pihak Gunung Jerai Botanical Park dalam memulihara pelbagai spesies orkid dari seluruh dunia termasuk yang ada di Gunung Jerai daripada pupus.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, Gunung Jerai yang dijadikan Jerai Geopark banyak menyimpan sejarah bumi Malaysia termasuk batuan berusia lebih 500 juta tahun selain banyak keunikan lain termasuk orkid.

“Keadaan puncak Gunung Jerai yang sejuk dan bentuk muka buminya menjadi tempat sesuai untuk pemuliharaan spesies orkid ini.

“Malah saya bersama Sultan Kedah Tuanku Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum ini pernah melawat ke Gunung Jerai Botanical Park dan melihat sendiri bagaimana pihak terbabit melakukan usaha memulihara spesies orkid yang unik ini,” katanya.

Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri akan menyalurkan dana tambahan untuk memperkasa dan membantu usaha pemuliharaan berkenaan.

“Saya sudah mengusulkan permohonan dana tambahan selepas mengadakan lawatan sebelum ini bagi fasa kedua Gunung Jerai Botanical Park yang ditubuhkan beberapa tahun lalu.

“Peruntukan dana ini melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN), saya mengusulkannya dan berharap dana itu dapat membantu usaha memulihara spesies flora di Gunung Jerai.

“Hal ini kerana secara tidak langsung ia juga akan menarik tumpuan pelancong dan menjadi antara produk pelancongan di negeri ini,” katanya.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.