Keratan Akhbar
A- A A+

imageBadrol Hisham (kiri) menunjukkan bekalan air ketika melawat Telaga Tiub di Sekolah Menengah Agama As-Sidiqiah di Padang Kerasak Naka semalam.

PADANG TERAP - Sebagai usaha menangani krisis air di Kedah, lapan telaga tiub baharu akan dibangunkan di lapan kawasan kritikal yang dijangka siap Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, kawasan tersebut telah dikenal pasti kerajaan negeri bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan pembinaan telaga tiub berkenaan membabitkan kos bernilai RM800,000.

“JMG telah membuat kajian geofizik di lapan kawasan tersebut, iaitu Kampung Hujung Keton dan Kampung Sungai Jagong di Pendang; Kampung Lanai di Sik, Kampung Sungai Long dan Kampung Pong Selatan di Padang Terap; Felda Bukit Tembaga/Kampung Kuala Pai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena dan Kampung Budi Pokok Sena,” katanya pada sidang media ketika lawatan ke telaga tiub Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Siddiqiah Al-Islamiah di sini, semalam.

Menurutnya, setiap telaga tiub tersebut dianggarkan bernilai RM100,000 dan mampu menampung 6,000 penduduk di setiap kawasan.

“Kerja-kerja pembangunan akan diuruskan Pejabat Tanah Padang Terap dan khidmat nasihat JMG,” katanya.

Badrol Hisham yang juga Adun Kuala Nerang berkata, untuk kajian bersama Syarikat Air Darulaman Berhad pula, antara usaha yang dirancang ialah membangunkan semula 36 telaga sedia ada yang pernah digunakan untuk kajian.

“Sebelum ini, JMG menggunakan telaga itu untuk tujuan kajian air bawah tanah dan bukannya untuk bekalan kepada penduduk setempat,” katanya.

Menurut Badrol Hisham, telaga berkenaan boleh dibangunkan semula dan merupakan salah satu penyelesaian jangka pendek dalam krisis air sekarang.

“keupayaan sesebuah telaga bergantung kepada struktur geografinya dan boleh bekalkan sehingga 15,000 gelen setiap hari bersamaan kegunaan 500 orang,” katanya.

Badrol Hisham berkata, kerajaan negeri juga membuat mesyuarat khas secara berkala bagi membincangkan pelbagai penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang krisis air.

“Mesyuarat pertama akan dibuat pada 18 Julai ini yang dihadiri pelbagai agensi dan jabatan yang terlibat

 “Krisis air bermula sejak 2009, di mana 36 loji sedia ada di zaman pemerintahan Pas gagal diselenggarakan dengan baik, standard operasi kerja tidak disusun dengan jelas, selain kadar Non Revenue Water (NRW) meningkat mendadak pada tahap 48 hingga 50 peratus,” katanya.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.