Keratan Akhbar
A- A A+

BACHOK 31 Mei - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperuntukan sebanyak RM20 juta di bawah pelan rancangan mengawal kebakaran hutan tanah gambut di seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11(RMK-11).

Timbalan Menterinya, Datuk Hamim Samuri berkata, peruntukan itu antaranya bagi membina telaga tiub di kawasan berisiko tinggi berlaku kebakaran di kawasan hutan tanah gambut seperti di Sarawak, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan.hamim samuriYB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

"Sehingga kini, 50 telaga tiub telah siap dibina di negeri-negeri berkenaan," katanya kepada pemberita ketika meninjau projek infrastruktur pencegahan kebakaran hutan tanah gambut di Kampung Beris Lalang di sini hari ini.

Hamim berkata, ini termasuk lima telaga tiub telah dibina di Bachok iaitu di Kampung Kual, Kampung Beah, Kampung Hujung Lidah, Beris Lalang dan Kampung Kuinin dan dua lagi dalam proses pembinaan di kawasan terbabit.

Beliau berkata, selain membina telaga tiub, pihaknya juga membina empangan kecil berhampiran telaga tiub terbabit bagi menakung air untuk digunakan ketika memadamkan kebakaran.

Katanya, penggunaan air dari telaga itu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berjaya menyelamatkan kawasan hutan tanah gambut seluas 4,428 hektar di Bachok daripada musnah akibat kebakaran.

Beliau berkata negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk berkongsi pengalaman di dalam mengawal kebakaran tanah gambut termasuk kaedah menggunakan kaedah telaga tiub.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.