Keratan Akhbar
A- A A+

PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini menyangkal dakwaan bahawa mereka tidak mempedulikan tentang masalah berkaitan perlombongan bauksit di Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kementerian itu telah mengambil semua langkah di bawah bidang kuasanya untuk menangani isu berkenaan.

"Tuduhan bahawa kementerian ini tidak bertindak secukupnya untuk menyelesaikan masalah berkaitan bauksit adalah tidak tepat," katanya dalam kenyataan.

Semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang dihentikan mulai 15 Jan lepas, sejajar dengan moratorium selama tiga bulan yang dikenakan kerajaan terhadap perlombongan bauksit di negeri itu.

Kesemua pemilik tanah, pengusaha bauksit dan pemandu lori perlu mematuhi perintah penggantungan sementara itu bagi membolehkan satu prosedur operasi standard (SOP) yang berkesan digubal bagi menangani isu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang.

Wan Junaidi berkata sejak moratorium itu dikenakan, kementerian melakukan pemantauan terhadap operasi perlombongan bauksit melalui pelbagai agensi penguatkuasaan dengan kerjasama Pengarah Tanah dan Galian Pahang serta Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Pahang.

Katanya kira-kira 400 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Unit Peronda Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menganggotai pasukan penguatkuasaan bersama itu.

Wan Junaidi berkata lapan stesen pemantauan atau pusat pemeriksaan ditubuhkan di Kampung Padang, Tanjung Pasir, Bukit Kuantan, APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), Sungai Ular, Bukit Penggorak, Sirim Berhad dan Loji Rawatan Air Semambu.

Beliau berkata kementerian itu melalui Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan beberapa ujian terhadap sampel air dari sungai yang dikatakan terjejas oleh bauksit bagi menentukan tahap keselamatannya.

Beliau berkata kementerian berkenaan akan menganjurkan bengkel dari 27 hingga 29 Jan untuk menyemak semula semua peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan perlombongan dan eksport bauksit serta mencadangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan.

"Semakan semula ini akan meliputi pelbagai aspek termasuk pengurusan di tapak melombong, pengangkutan, simpanan stok di dalam dan di luar kawasan pelabuhan serta prosedur berkaitan Permit Kelulusan bagi mengeksport bauksit.

"Penambahbaikan yang dicadangkan akan dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk kelulusan dan akan dilaksanakan sebaik sahaja tempoh moratoriam itu berakhir," katanya.

-- BERNAMA

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.