Keratan Akhbar
A- A A+

CAMERON HIGHLANDS, 21 Nov (Bernama) -- Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam melibatkan peruntukan RM40 juta, dijangka siap Mei 2016.

Beliau berkata projek melebar dan mendalamkan Sungai Bertam yang sepatutnya siap September tahun ini, terpaksa ditangguh berikutan masalah pengambilan tanah dan terdapat batuan di dasar Sungai Bertam.

"Projek ini telah 55 peratus siap. Walaupun projek ini tidak siap sepenuhnya, kapasiti aliran air yang berupaya membawa banjir, boleh ditampung berikutan kerja-kerja saliran utamanya hampir selesai," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan projek itu di Lembah Bertam di sini hari ini.

Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam-Sungai Ringlet diluluskan peruntukannya oleh kerajaan susulan tragedi banjir lumpur pada 23 Okt 2013 di Lembah Bertam dan kemudian berulang kembali pada 5 dan 7 Nov 2014 di Ringlet.

Wan Junaidi berkata apabila projek itu siap, ia dapat mengelak berlaku banjir selama 100 tahun kerana takungan air dibesarkan dan mampu menampung isipadu yang lebih tinggi.

"Projek ini juga merangkumi skop tebatan banjir di pekan Ringlet. Projek ini dijangka dapat mengurangkan 20 hektar luas kawasan banjir, selain mengurangkan kerugian akibat bencana berjumlah RM20 juta, sekali gus menyelamatkan 3,000 penduduk," katanya.

Berhubung isu pencerobohan tanah oleh petani haram di Cameron Highlands, Wan Junaidi berkata Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) diberi tempoh tiga bulan untuk menyediakan laporan dan cara menangani masalah ini.

"Jabatan itu juga perlu terus menjalankan kerja-kerja pemulihan hutan di bawah program penghijauan semula Cameron Highlands," katanya.

Wan Junaidi juga berkata kementeriannya akan mencadangkan kepada kerajaan negeri Pahang mengenai keperluan untuk menyediakan kawasan selamat yang tidak mendatangkan pencemaran mahupun hakisan tanah kepada petani.

Katanya, Jabatan Mineral dan Geosains juga diminta mengenal pasti cerun atau kawasan berisiko tanah runtuh di sepanjang laluan ke sini.

-- BERNAMA

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.