Keratan Akhbar
A- A A+

KOTA KINABALU, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah sedang mempertimbangkan cadangan untuk menimbus 'lombong dedah' di kawasan bekas Lombong Tembaga Mamut, Ranau yang menakung air berasid agar tidak melimpah ke dalam sistem sungai berhampiran.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata tidak ada kolam rawatan yang dibina khas untuk merawat air yang berasid (AMD) terhasil daripada perlombongan sebelum ini.

"Apa yang menjadi kerisauan adalah kemungkinan dinding 'lombong dedah' tersebut pecah seterusnya menyebabkan berlaku limpahan keluar air yang mengandungi AMD dan diguna pakai penduduk sekali gus memudaratkan kesihatan mereka," katanya.

Masidi berkata demikian ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Sehubungan itu, Masidi berkata kerajaan menerusi kementeriannya dengan bantuan pakar tempatan serta jabatan-jabatan teknikal termasuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) dan Jabatan Kerja Raya kini sedang mencari kaedah praktikal dalam menangani isu itu dengan mengambil kira isu berkaitan seperti alam sekitar dan kewangan.

Menurutnya, penyelesaian adalah perlu meskipun mengikut maklumat JMG bahawa struktur dinding lombong dedah itu yang menakung kira-kira 20.6 juta meter padu air mengandungi AMD itu tidak terjejas ekoran kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas.

Katanya, laporan JMG mengatakan aktiviti perlombongan dengan kaedah lombong dedah dibuat mengikut amalan kejuruteraan perlombongan yang turut mengambil kira faktor seismik serta dijalankan dengan pengawasan ketat pihak JMG.

Masidi memberitahu laporan itu juga berkata dinding 'lombong dedah' itu terdiri daripada batuan jenis granit yang keras, kukuh dan tebal dan ekoran itu, sebarang kejadian gempa bumi berukuran di bawah lapan pada skala Richter tidak akan memberikan sebarang impak ke atas struktur dinding 'lombong dedah' berkenaan.

Daya tekanan air yang ditakung dalam 'lombong dedah' itu semakin lemah kerana paras takungan air di dalamnya itu semakin berkurangan iaitu daripada lebih 100m kepada hanya kira-kira 80m.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.