Keratan Akhbar
A- A A+

RANAU, 12 Jun (Bernama) -- Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah merangka dan melaksanakan strategi jangka pendek dan panjang bagi memantau kawasan yang mengalami rekahan akibat gempa bumi Jumaat lalu di Sabah, khususnya di Ranau.

Ketua Unit Sumber Mineral JMG Sabah, Jontih Enggihon berkata dalam tempoh jangka masa pendek penduduk perlu memeriksa jarak 100 meter di sekitar kawasan rumah masing-masing.

"Sekiranya ada rekahan, mereka perlu menutup rekahan dengan menggunakan tanah bagi mengurangkan (mengelak) rekahan (itu menjadi lebih besar)," katanya semasa mengadakan taklimat kepada anggota jawatankuasa bencana daerah di sini hari ini.

Beliau berkata tujuh pasukan di bawah JMG turut menjalankan pemantauan setiap hari di kawasan yang terjejas termasuk di sekitar Gunung Kinabalu.

Katanya ketua kampung dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) juga perlu melaporkan kepada pihak JMG sekiranya berlaku retakan di kawasan masing-masing.

Untuk jangka masa panjang pula, Jontih berkata JMG akan sentiasa menjalankan pemantauan di setiap kawasan bagi memastikan ia selamat untuk diduduki khususnya rumah penduduk kampung.

"Setakat ini beberapa buah rumah penduduk kampung yang mengalami retakan sehingga satu inci tidak selamat untuk diduduki," katanya.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.