Keratan Akhbar
A- A A+

muhyiddin ranauTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergegas keluar dari bangunan berikutan gegaran gempa bumi ketika taklimat bencana serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu hari ini. - Foto BernamaRANAU, 7 Jun (Bernama) -- Malaysia memerlukan sebuah pusat pemantauan gempa bumi sebagai keperluan dan kesiapsiagaan negara menghadapi kejadian gempa bumi pada masa akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pusat pemantauan gempa bumi itu dilihat perlu memandangkan Malaysia, khasnya di Sabah, masih belum mempunyai pusat yang khusus untuk mengesan pergerakan kemungkinan berlakunya bencana alam itu.

"Ini (gempa bumi) bukan perkara yang kita boleh duga. Bagaimanapun, bencana ini kini berlaku. Oleh itu, kita harus mengambil langkah untuk menangani kemungkinan di masa hadapan. Kita telah ada jabatan seperti Geosains dan sebagainya, cuma kita tidak ada pusat pemantauan gempa bumi.

"Seperti kejadian baru-baru ini, tiada satu pihak mengeluarkan amaran (awal) ia akan berlaku, kerana tidak ada jabatan khususnya di Sabah yang dipertanggungjawabkan bagi memantau bencana ini," katanya selepas mendengar taklimat mengenai bencana itu di sini, hari Ahad.

Muhyiddin berkata kajian akan dilakukan terlebih dahulu membabitkan pakar geosains dari dalam mahupun luar negara untuk mengenal pasti langkah ke arah penubuhan pusat itu.

Beliau berkata pusat itu kelak akan menempatkan pakar dalam bidang berkenaan selain peralatan berkaitan supaya tinjauan bencana dapat dilakukan sepanjang masa.

Katanya kajian daripada pakar geosains amat diperlukan dalam memperkenalkan Prosedur Operasi Standard termasuk kaedah perpindahan ke tempat selamat, menyediakan sistem amaran awal dan memberi latihan kepada penduduk sekitar ketika menghadapi gempa bumi.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata Masjid Ar Rahman di Pekan Ranau akan dibina semula dengan kos antara RM7 hingga RM8 juta berikutan kerosakan teruk yang dialami akibat bencana itu.

Beliau berkata pembinaan masjid itu kelak perlu mengambil kira aspek gempa bumi di Ranau dengan menggunakan teknologi moden yang tahan gegaran seperti diguna pakai di banyak negara maju termasuk Jepun walaupun mungkin memakan kos lebih daripada biasa.

"Ini saya serahkan kepada pakar Jabatan Kerja Raya untuk memperkenalkan teknologi baharu yang boleh menyerap kalau ada gegaran besar (agar) tidak membawa bencana kepada bangunan tersebut (masjid)," katanya.

Mengenai 33 buah sekolah di Ranau yang rosak, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kementerian bersedia menyediakan peruntukan awal berjumlah RM5 juta namun bangunan terjejas itu perlu diuji bagi mengesahkan tahap kerosakan yang dialami.

Beliau berkata kerosakan yang dialami bangunan seperti sekolah, asrama dan flat guru SMK Agama Ranau yang menerima kesan agak besar perlu dinilai sama ada masih boleh digunakan atau sebaliknya.

Sekiranya masih boleh digunakan, kerajaan cuma akan memperbaiki kerosakan itu namun jika tidak selamat digunakan dan perlu dirobohkan, maka bangunan baharu akan dibina, katanya.

Berita berkaitan:

Wujud pusat khas pantau gempa – TPM

imageMUHYIDDIN YASSIN melihat kerosakan bangunan sekolah SMK Ranau ketika melakukan tinjauan kesan gempa bumi yang melanda Ranau, semalam. Turut kelihatan Musa Aman.

RANAU, 7 Jun (Utusan) - Sebuah pusat khas untuk memantau pergerakan atau gempa bumi perlu diwujudkan bagi mengesan sebarang kemungkinan bencana itu pada masa akan datang.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mengkaji keperluan tersebut.

Malah jelasnya, pusat gempa itu wajar melibatkan tenaga pakar dari dalam dan luar, khususnya pakar dari negara-negara yang selalu berdepan dengan gempa bumi seperti Jepun,

“Dengan adanya pusat khas ini, mungkin dapat menyediakan kita satu prosedur operasi standard (SOP) termasuk kaedah memindahkan mangsa ketika bencana dan amaran awal bencana.

“Ini juga termasuk menyediakan latihan-latihan keselamatan kepada orang ramai jika bencana gempa berlaku. Selama ini kita tak menjangkakan gempa bumi akan berlaku. Ambil isyarat daripada Tuhan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat berhubung situasi terkini bencana gempa bumi di Taman Kinabalu, Kundasang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman serta barisan Kabinet di peringkat Persekutuan dan negeri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menghadiri taklimat itu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, selain pakar-pakar, pusat khas itu perlu dilengkapi peralatan yang dapat memantau pergerakan tanah atau gempa bumi sepanjang masa.

Ditanya tentang sistem amaran awal, ujarnya, perkara tersebut wajar diberikan perhatian kerana tiada jabatan khusus yang diberikan tanggungjawab seperti itu.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.