Keratan Akhbar
A- A A+

SYA 3029

HULU TERENGGANU, 6 April (Bernama) -- Syarikat Teratai Tenang Enterprise Sdn Bhd, menjadi syarikat Bumiputera Terengganu yang pertama menjalankan perusahaan air mineral di Pantai Timur dengan pengeluaran air mineral 'Akiya'.

Pengurusnya Zakaria Yusoh berkata kilang air mineralnya terletak di kawasan seluas 6.5 hektar di Kampung Kepah, Kuala Berang di sini dan mengambil masa enam tahun untuk mengeluarkan air mineral berkualiti.

"Pada awalnya, memang saya tak tahu pun di bawah tanah (tapak) yang saya beli dan dijadikan kilang sekarang ini mempunyai sumber air mineral, tapi selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Mineral dan Geosains, memang benar tanah tersebut terdapat sumber air mineral.

"Membina kilang dan mengusahakan air mineral ini bukan perkara yang mudah, saya menjual tanah serta beberapa aset lain untuk mendapatkan modal sebanyak RM2 juta sebelum mengusahakan air mineral ini yang telah enam bulan beroperasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Roslee Daud ke kilangnya Isnin.

Zakaria berkata sebelum dipasarkan, air tersebut telah melalui ujian oleh Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Nuklear Malaysia serta ujian kesihatan dan kebersihan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Dengan bantuan 20 pekerja menggunakan beberapa mesin memproses air mineral separa automatik, kami dapat mengeluarkan 10,000 botol air mineral berkuantiti 500 mililiter (ml) dan 1500 ml sehari yang dipasarkan di seluruh Terengganu serta Klang, Selangor.

Kalau mempunyai mesin automatik sepenuhnya, kami boleh mengeluarkan hingga 43,000 botol sehari," katanya.

Sementara itu, Roslee berkata kerajaan negeri bersama agensi-agensi pembangunan usahawan yang lain sentiasa memantau prestasi usahawan di negeri ini dan sedia memberi bantuan yang diperlukan usahawan.

Sumber foto: http://teganukita.my/air-mineral-akiya-produk-anak-terengganu/


Afiq Gravatar   17.11.2016 01:23
Ya Tidak Assalamualaikum , saya juga berniat untuk mengeluarkan air botol mineral dengan syarikat saya sensiri . Bagaimana caranya ye untuk saya dapatkan nasihat untuk memulakan perniagaan tersebut ? Terima kasih
 
Helpdesk @ JMG Gravatar   04.01.2017 21:24
Ya Tidak Tuan, Garispanduan Perlesenan Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi boleh dimuat turun dari laman web KKM Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan seperti berikut :

http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/air-minuman-berbungkus-dan-air-mineral-semulajadi-garis-panduan-permohonan-lesen-prosedur-pengeluaran-lesen-dan-contoh-manual-kawalan-keselamatan/

Tuan perlu memuat turun kesemua fail pdf di laman web tersebut :

1. Garispanduan Permohonan Lesen Punca Air Minuman Berbungkus Dan Air Mineral Semulajadi Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan
2. Garispanduan Prosedur Lesen Punca Air Minuman Berbungkus Dan Air Mineral Semulajadi Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan
3. Format Manual Kawalan Keselamtan Air Minuman Berbungkus Atau Air Mineral Semulajadi

Untuk rujukan spesifikasi pembinaan telaga air mineral, tuan perlu ke Cawangan JMG yang terdekatan dan mendapatkan khidmat nasihat Pegawai Geosains (Hidrogeologi). Alamat-alamat pejabat JMG negeri boleh dirujuk di bawah :

http://www.jmg.gov.my/hubungi-kami/direktori-bahagian-pejabat-negeri

Sekian, terima kasih.
 
RAMLAN MAT ASEH Gravatar   04.01.2016 13:53
Ya Tidak assalamualaikum ..
saya bercadang untuk mengeluarkan air botol 500ml dan 1500ml dengan logo syarikat sendiri.
1. Boleh dapatkan kos lebel -2 tone warna.
2. kos se kotak 500ml - kotak logo syarikat
3. kos se kotak 1500ml - kotak logo syarikat

 
Helpdesk @ JMG Gravatar   05.01.2016 09:24
Ya Tidak Pihak JMG tidak menetapkan harga pengeluaran dan pembotolan air mineral. Itu adalah diantara pihak pengusaha dan kontraktor yang dilantik oleh pengusaha. JMG juga tidak menetapkan harga kerja-kerja penggerudian telaga. Senarai penggerudi/perunding yang ada di laman portal JMG adalah untuk panduan/rujukan pengusaha untuk melantik penggerudi/perunding. Walaubagaimanap un, pihak pengusaha bebas memilih mana-mana penggerudi, pihak pengusaha hanya perlu memastikan telaga yang siap mengikut spesifikasi JMG.

Sekian, terima kasih
 
Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.