Keratan Akhbar
A- A A+

PETALING JAYA - Penduduk Apartmen Teratai, Bukit Beruntung akan dibenarkan pulang sekiranya tiada pergerakan tanah berlaku selepas kerja baik pulih selesai dijalankan semalam.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, setakat tengahari semalam, proses baik pulih di kawasan berkenaan selesai 65 peratus meliputi kerja-kerja pemasangan sheet pile.

Menurut beliau, kelmarin, keadaan cerun tersebut masih menunjukkan pergerakan tanah yang minimum dan pemantauan akan diteruskan selepas ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan terjadi.

“Sekiranya tanah di sini kembali stabil dan tidak menunjukkan pergerakan, penduduk akan dibenarkan pulang semula,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat lawatan tapak di Jalan Tanjung, semalam.

Azmin berkata, pihak kontraktor juga akan meletakkan kanvas di atas cerun berkenaan selepas ini.

Hadir sama dalam lawatan tapak tersebut, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datin Paduka Alinah Ahmad; Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong serta Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Bawa kes ke mahkamah

Menyentuh mengenai laluan yang ditutup oleh pemaju tersebut, Alinah memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Sivarasa dan Elizabeth secara lebih teliti pada Isnin ini bagi mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu itu.

Menurut Alinah, pihaknya akan membawa semula kes tersebut ke mahkamah memandangkan berlaku kesilapan teknikal semasa perbicaraan pada tahun 2009 lalu.

“Pemaju mempunyai tanah seluas 8,000 kaki persegi di laluan itu dan kita pernah membawa kes ini ke mahkamah sebelum ini.

“Kita akan bincang dengan lebih lanjut mengenai tindakan yang bakal diambil selepas ini dan laporan keseluruhan akan diserahkan kepada menteri besar,” katanya.

Menurut Alinah, jalan berkenaan dilihat menjadi sesak pada waktu puncak memandangkan ia hanya mempunyai satu laluan keluar.

Tanah masih tidak stabil

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Ahmad Suaidi Abd Rahim berkata, hasil pemantauan yang dilakukan Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Kerja Raya (JKR), tanah masih berada dalam keadaan tidak stabil apabila terdapat pergerakan tanah melalui pemeriksaan yang dijalankan setiap sejam.

Beliau yang juga Pengerusi Pengurusan Bencana daerah Hulu Selangor berkata, selepas selesai kerja pemasangan kepingan cerucuk, pemantauan secara teliti akan dibuat dalam tempoh 24 jam dengan memasang sistem pemantau gerakan tanah untuk memastikan kawasan selamat sebelum diduduki.

Tambahnya, satu jawatankuasa khas akan dibentuk dan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan serta mengkaji cadangan penyelesaian kekal untuk mengelakkan insiden berulang.

Dalam pada itu, kesulitan penghuni yang ditempatkan ke beberapa pusat pemindahan mendapat perhatian pelbagai tidak terkecuali Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Baru-baru ini, satu lawatan ke pusat pemindahan terletak di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 2 dilakukan untuk menyalurkan sumbangan berupa perbelanjaan persekolahan kepada 190 orang pelajar selama sepuluh hari.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.