Keratan Akhbar
A- A A+

KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Sasbadi Holdings Bhd yang akan disenarai di pasaran utama Bursa Malaysia pada 23 Julai ini akan mengumpul RM25.23 juta untuk pengembangannya melalui tawaran awam awal (IPO).

Pengerusinya Datuk Dr Mah Hang Soon berkata masalah ketirisan itu menyebabkan kerajaan negeri hanya memperoleh setengah daripada hasil sektor itu manakala selebihnya diambil pihak yang tidak bertanggungjawab secara haram.

"Kerajaan negeri dianggarkan memperoleh antara RM30 juta hingga RM40 juta hasil daripada perlombongan pasir dalam setahun, namun kerajaan negeri hanya memperoleh separuh daripada jumlah tersebut," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan termasuk memperhalusi modul-modul yang diguna pakai di negeri lain untuk menubuhkan unit berkenaan.

"Selain menguruskan operasi perlombongan pasir, unit khas itu juga mampu mengurangkan bebanan kerja yang terpaksa ditanggung kakitangan pejabat tanah ketika ini dan mereka (kakitangan pejabat tanah) dapat menumpukan pada kerja lain," katanya.

Sementara itu, Mah berkata dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, pihaknya akan mengkaji sumber yang ada di Perak agar ia tidak cepat habis sekali gus dapat meningkatkan hasil negeri.

"Jika masalah ini (perlombongan haram) dapat diselesaikan atau dikurangkan ke tahap yang minimum kebaikan yang pertama ialah dapat menambahkan hasil negeri di samping melestarikan sumber di negeri ini," katanya.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.