Aktiviti Semasa
A- A A+

Pengambilan air bawah tanah sebagai sumber air alternatif boleh dilaksanakan, jika ia dilakukan dengan kaedah yang betul dan tidak menjejaskan alam sekitar. Kadar pengeluaran air berlebihan boleh mengundang kepada masalah alam sekitar dan akan memudaratkan manusia sejagat.

Bagi mendapatkan maklum balas daripada rakyat, bancian bertajuk Adakah pembangunan sumber air bawah tanah membantu menguruskan permintaan air dan sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan air? telah diadakan melalui bancian secara undian atas talian bermula pada 16/5/2014 hingga 16/8/2015.

Seramai 67 pengunjung laman web telah menyertai undian ini. Keputusan undian menunjukkan 70% iaitu 47 peserta bersetuju bahawa pembangunan sumber air bawah tanah membantu menguruskan permintaan air dan sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan air yang melanda negara, 16% iaitu 11 peserta tidak bersetuju dengan kaedah tersebut manakala selebihnya, 14% iaitu 9 peserta memilih pilihan neutral.

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah lama terlibat mengkaji potensi sumber air bawah tanah negara malah beberapa lembangan air tanah yang dikaji menunjukkan potensi yang tinggi.

Contohnya adalah Lembangan Kelantan, Lembangan Langat dan Lembangan Muar dan kami juga telah membangunkan banyak telaga pengeluaran air (bawah) tanah lengkap dengan sistem penapisan ringkas, kebanyakannya di Sarawak dan Sabah bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di perkampungan terpencil.

Walaupun sumber air tanah menjadi sebahagian besar pilihan peserta dalam membantu menguruskan permintaan air dan sebagai satu penyelesaian kepada masalah kekurangan air, namun penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha memulihara sumber air adalah penting bagi memastikan kemelut ini dapat diatasi.

Mudah-mudahan dengan kesedaran seluruh anggota masyarakat berhubung perkara ini akan dapat mempertingkatkan lagi tahap kebersihan sumber air kita. Lebih-lebih lagi dalam memastikan pengurusan dan pemeliharaan sumber air yang lebih mapan dan lestari pada masa akan datang agar anak cucu kita tidak mewarisi sumber bekalan air yang tercemar.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.