Keratan Akhbar
A- A A+

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Keputusan analisis kimia bagi mengetahui punca sebenar fenomena air laut di Pantai Batu Hitam di Kuantan, Pahang, yang bertukar menjadi merah dijangka diketahui dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tempoh itu diperlukan bagi menganalisis sesetengah parameter pencemar yang perlu dilakukan di makmal Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

"Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden laut merah yang berlaku ini. Dalam masa yang sama, pemantauan kualiti air di kawasan yang dikenal pasti terkesan dengan aktiviti perlombongan bauksit masih tetap dijalankan.

"JAS akan bekerjasama rapat dengan lain-lain agensi Persekutuan dan negeri dalam menangani isu pencemaran daripada aktiviti bauksit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemerhatian, kawasan yang terjejas dengan fenomena tersebut dianggarkan membabitkan sehingga 100 meter ke tengah laut dengan unjuran persisiran pantai kira-kira 10 km.

Empat botol sampel air di kawasan tersebut juga sudah dihantar ke Jabatan Kimia.

Wan Junaidi berkata Jabatan Geosains dan Mineral (JMG) Pahang akan menjalankan audit ke atas pematuhan peraturan perlombongan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut diarahkan memantau ketinggian paras air sungai semasa dan ketika banjir manakala JAS akan terus mengambil sampel air dari stesen-stesen terpilih.

"Satu sesi pemeriksaan di lombong akan turut disertai oleh JAS Pahang bersama dengan JMG dan JPS. Pemantauan berterusan akan dilaksanakan untuk memastikan kualiti air pulih seperti sedia kala," katanya.

-- BERNAMA

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.