Latar Belakang PPM
A- A A+

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) merupakan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia.

Objektif  JMG (PPM) adalah

  • Untuk menggalak dan mempelbagai penggunaan sumber mineral tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui R&D.
  • Untuk menggalak  pengusahahasilan  sumber mineral secara mapan melalui R&D.

Antara fungsi JMG (PPM) ialah

  • Menjalankan R&D berasaskan mineral tempatan supaya dapat menghasilkan bahan mula dan bahan tambah nilai untuk digunakan oleh industri.
  • Membangun teknologi pemprosesan mineral dan kitar semula yang bersesuaian.
  • Menjalankan penyelidikan bersama Institusi Pengajian Tinggi,  agensi R&D yang lain serta pihak industri dalam bidang mineral.
  • Mengkomersil hasil R&D yang signifikan melalui pemindahan teknologi kepada pihak yang berminat.
  • Berperanan sebagai penasihat dan pusat rujukan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikan mineral tempatan.
  • Menjalankan R&D berkaitan pengusahahasilan mineral, impak alam sekitar dan pemulihan serta menyediakan perkhidmatan sokongan kepada jabatan dalam menangani masalah yang berkaitan.

Selaras dengan kehendak kerajaan bagi memajukan teknologi berasaskan mineral JMG(PPM) menjalankan projek-projek R&D berkaitan teknologi berasaskan lempung, silika, batuan dan bahan termaju. Untuk menggalak pengusahahasilan  sumber mineral secara mapan, R&D berkaitan teknologi pemprosesan mineral, perlombongan, pengkuarian dan pemulihan lombong dan kuari dijalankan.

> Muat turun Profil Korporat Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.