Senarai Blog

Majlis penyerahan peralatan pemetaan udara

Majlis penyerahan peralatan pemetaan udara

Pada 2hb. November 2017, Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor/W. Persekutuan telah menerima peralatan pemetaan udara "Drone" yang diyakini dapat membantu dalam mempertingkatkan bidang kerja lapangan dan memberi impak yang lebih berkesan dalam penyampaian maklumat.

Majlis Penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JMGSWP dan wakil daripada Syarikat Geo Resources Sdn. Bhd.

 

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA KE MUZIUM PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH KINTA DAN KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG (TT5)

 LAWATAN KERJA KE MUZIUM PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH KINTA DAN KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG (TT5)

Pada 1 November 2017, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta dan Kapal Korek Tanjung Tualang. Lawatan ini telah dianjurkan oleh PPM dengan kerjasama Unit Latihan, Cawangan Pelaksana Pengkormesialan (CPP). Seramai 25 orang pegawai dan pembantu penyelidik telah menyertai lawatan ini. Lawatan kerja ini diketuai oleh En Aminudin bin Mahmud, Pegawai Latihan, PPM.

Destinasi lawatan yang pertama adalah ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta di Kampar, Perak. Muzium ini memfokuskan kaedah melombong bijih timah secara pam kelikir. Pengunjung didedahkan dengan panorama perlombongan bijih timah dilengkapi dengan palong untuk memberi pemahaman mengenai kerja-kerja perlombongan. Foto-foto dan statistik perubahan harga timah dunia menunjukkan trend perindustrian bijih timah di Malaysia yang pernah menjadi pengeksport terbesar bijih timah pada masa dahulu. Selain itu, muzium ini juga dipenuhi dengan dokumen dan persuratan mengenai perjanjian perlombongan bijih timah dan perjanjian perdamaian dahulu.

Baca selanjutnya

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon