Senarai Blog

TAHNIAH DATUK HJ SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH AZIZI

TAHNIAH DATUK HJ SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH AZIZI

Seluruh Warga Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tuan Hj  Shahar Effendi bin Abdullah Azizi di atas pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari 2018.

Semoga JMG terus cemerlang dibawah pimpinan Datuk.

Tahniah Datuk!!
 
 
Sumbangan grafik : En. Adnan bin Jermi

taklimat projek nuof "disaster resilient cities: forecasting local level climate extremes and physical hazards for kuala lumpur"

taklimat projek nuof "disaster resilient cities: forecasting local level climate extremes and physical hazards for kuala lumpur"

Pada 5 Februari 2018, Lawatan kerja pihak pasukan Projek Newton-Ungku Omar Fund diketuai oleh Prof. Dr. Joy Jacqueline Pareira dari SEADPRI UKM bersama ahli pasukan ke JMG SEL/WP. Sesi taklimat dan perbincangan bagi kerjasama di antara dua pihak telah diadakan yang dipengerusikan oleh En. Jontih Enggihon, Pengarah JMG SEL/WP. Sesi perbincangan turut dihadiri oleh wakil-wakil dari JMG Ibu Pejabat dan BPT.

Baca selanjutnya

REUNION MANTAN JMG SABAH

REUNION MANTAN JMG SABAH

PUTRAJAYA (08 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, satu mesyuarat di NRE Putrajaya telah menemukan pegawai-pegawai ini, dan mereka  sempat merakamkan foto kenangan bersama (mantan-mantan JMG Sabah). Pegawai-pegawai ini dahulunya pernah berkhidmat di Jabatan Mineral dan Geosains Sabah. Dalam foto ini, En. Mohd. Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah), En. Jontih Enggihon (Pengarah JMG Selangor), En. Joanes Muda (Pengarah Negeri Sembilan/Melaka), En. Mohd Sari bin Hassan (Timbalan Pengarah Johor) dan beberapa orang lagi pegawai JMG Malaysia turut sama berada dalam foto ini. Sekian.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon