Pada 22 Februari 2018 (Khamis) Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Unit Pengurusan Sumber Manusia (PSM), JMG Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan dan program ’Corporate Social Responsibilty’ (CSR) bertempat di Desa Warga Emas AlHidayah, Ulu Sepri, Kuala Klawang, N. Sembilan. Program ini merupakan khususnya sebagai sebahagian program meningkatan kemahiran asas kaunseling ahli-ahli AKRAB JMG.