Senarai Blog

SESI PERKONGSIAN ILMU ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL IPOH

SESI PERKONGSIAN ILMU ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL IPOH

Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh berbesar hati menerima kunjungan seramai 25 orang Pegawai daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia pada 17 Ogos 2017 (Selasa).Taklimat mengenai geologi Malaysia, mineral serta status pengurusan mineral di Malaysia dan juga maklumat, iaitu mineral yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia telah disampaikan. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs En Aminudin Mahmud, Pegawai latihan PPM.

Baca selanjutnya

SIMPOSIUM KELESTARIAN AIR JOHOR DI KSL HOTEL & RESORT JOHOR BAHRU

muka depan simposium air johor

Johor Bahru, 8 Ogos 2017 - Selama dua hari, Simposium Kelestarian Air Negeri Johor 2017 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Simposium yang diadakan ini adalah lanjutan daripada Johor Water Forum 2015 dan dalam dua tempoh itu, beberapa program berkaitan kajian potensi air bawah tanah telah berjaya dilaksanakan antaranya di kawasan UTM, Gunung Pulai, dan Istana Pasir Pelangi. Kejayaan ini telah mendorong Kerajaan Negeri Johor untuk memperluaskannya ke kawasan Iskandar Malaysia. Noorazhar Ngatimin telah mewakili JMG dalam program selama dua hari ini.

Baca selanjutnya

KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA MENGADAP DYMM SULTAN JOHOR

kunjunghormat sultan

Johor Bahru, 02 Ogos 2017 - YBhg Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan kunjung hormat mengadap DYMM Sultan Johor.

Turut serta dalam kunjung hormat ini ialah pegawai-pegawai JMG Johor iaitu En Mohd Sari Hassan (Timbalan Pengarah), En Noorazhar Ngatimin (KUGS) dan En Mohamed Hizam Abd Kadir (KULK).

Baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN PROJEK KAJIAN SUMBER PASIR LAUT NEGARA FASA III – SURVEI GEOFIZIK MARIN PERAIRAN LEPAS PANTAI PAHANG DAN JOHOR TIMUR

muka depan survei marin

Pasir Gudang, 01 Ogos 2017 - Baru-baru ini, telah berlangsung Majlis Perasmian Projek Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa III-Survei Geofizik Marin Perairan Lepas Pantai Pantai Pahang dan Johor Timur oleh YBhg Tn Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.

Baca selanjutnya


Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon