Senarai Blog

Bumi Kelantan Kaya Sumber Mineral

Mungkin tidak ramai mengetahui bumi Serambi Mekah kaya dengan pelbagai logam. Sebelum ini kita dikejutkan dengan penemuan minyak dan gas di perairan Kelantan. Sedangkan sebelum ini tiada maklumat mengenainya dipapar untuk pengetahuan umum. Hanya selepas Jabatan Perangkaan mengeluarkan data negeri pengeluar utama minyak di Malaysia pada 2004, barulah diketahui Kelantan merupakan negeri pengeluar minyak utama di negara kita.

Kemudian pada 2009 isu tersebut menjadi bertambah nyaring apabila Kelantan secara rasmi menuntut hak ke atas royalti minyak sebagaimana tertera pada perjanjian 1975.

Perjuangan rakyat Kelantan menuntut hak ke atas petroleum tambah marak ketika berlangsung pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada Julai 2009. Sejak pendedahan tersebut, sahlah Kelantan merupakan antara empat negeri pengeluar minyak utama di Malaysia. Negeri lain iaitu Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Bagaimanapun bukan sekadar minyak ada di bumi Kelantan, sebaliknya kaya dengan sumber galian seperti emas, bijih besi, feldspar, batu marmar, granite dan barit dalam bumi Kelantan. Persidangan Tahunan Persatuan Geologi Malaysia 2001 mendedahkan sebahagian daripada formasi emas di Malaysia ditemui di Gua Musang. Ia merupakan jajaran daripada kawasan Penjom, di Kuala Lipis.

kuari lombong marmar di bukit batu bong

Batuan dasar kawasan Penjom terdiri daripada batuan sedimen (batu lodak, batu pasir dan batu kapur) dan batuan volkanik (tuf dan tuf berbatu). Lapisan batuan sedimen kemudian direjahi batuan igneus yang terdiri daripada mikrogranit, riodasit dan telerang kuarza. Kewujudan emas hasil pememineralan bersama dengan pirit, kalkopirit, galena, arsenopirit dan sfalerit yang secara am terjadi pada zon ubahan batuan.

Bukti kewujudan emas tersimpan pada peta lama Portugis. Nama GEMIH ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas. Menurut Kolonel Gerini (1904), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.Ketika zaman imperialisme, British menguasai pengeluaran emas di Pahang.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas. Rezab emas negara dikatakan masih lagi tersimpan sebanyak 106,000 ton berdasar kepada kajian-kajian yang dilakukan. Malaysia termasuk dalam kalangan 30 negara terbesar memiliki emas. Menurut kajian, Malaysia berada di tangga ke-39 dunia mempunyai rezab emas.

Perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di kawasan dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari tanah tinggi Batu Melintang, Jeli sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif iaitu di Penjom, Kuala Lipis. Selain itu Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang juga di Pahang. Terdapat juga lima lombong di Jeli. Emas yang dijumpai mengikut pengiraan standard, emas 24K dengan peratus ketulenan 99.99 peratus.

Kajian Ramdanshah Bacho dan Mohd Rozi Umor (2001) mendapati geokimia tonalit berangkat dan leukogranit kenerong menjadi petunjuk kepada pembentukan dan asalan magma di Gunung Stong, Kelantan. Kekayaan sumber tersebut pernah dikaji Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Berdasar kepada data JMG didapati kawasan berpotensi dengan simpanan terukur lempung (tanah liat) yang kaya dengan sumber galian terdapat di 11 lokasi di Kelantan.

Untuk lebih terperinci tentang artikel ini bolehlah ke pautan:

pdfBumi Kelantan Kaya Sumber Mineral495.28 KB

Sumber : Majalah PKINK 2012

web : www.pkink.gov.my

Ditulis oleh : nurin

  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
  • Smileys
  • :confused:
  • :cool:
  • :cry:
  • :laugh:
  • :lol:
  • :normal:
  • :blush:
  • :rolleyes:
  • :sad:
  • :shocked:
  • :sick:
  • :sleeping:
  • :smile:
  • :surprised:
  • :tongue:
  • :unsure:
  • :whistle:
  • :wink:
 
   
 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon