Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
A- A A+

s5 logo

KAMI ADALAH PENERAJU PEMBANGUNAN MINERAL DAN GEOSAINS MENJELANG 2020
faq seperator bm hubungi seperator bm maklumbalas seperator bm peta
Soalan
Lazim
 
Hubungi
Kami
 
Aduan dan
Maklum Balas
 
Peta
Laman

Halaman ini disediakan untuk memaklumkan berkenaan dengan pelaksanaan Pensijilan ISO/IEC 27001:2013 ISMS. Skop persijilan adalah Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) bagi Pengurusan Pengoperasian Pusat Data merangkumi maklumat Sistem MINGEOSIS dan Portal Rasmi di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

APA ITU ISMS?

Information Security Management System (ISMS) adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem pengurusan berasaskan pendekatan risiko bisnes bagi mewujud, melaksana, mengoperasi, memantau, menilai semula, menyelenggara dan menambah baik sistem maklumat.

Objektif ISMS adalah untuk mengurus dan melindungi keselamatan maklumat selaras dengan keperluan dan ekspektasi stakeholder. Ia menekankan kepada konsep atau prinsip keselamatan maklumat iaitu pemeliharaan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan. (Rujuk Rajah 1).

2017 09 ISMS Kesedaran Edaran 01

MENGAPA PERLU ISMS?

Ancaman siber kini dilihat semakin sukar untuk diramal dan mencabar. Jika dahulu penceroboh mengambil masa yang agak panjang untuk menggodam aset ICT, tetapi kini, dengan bantuan hacking tools yang boleh didapati di internet, aktiviti tersebut dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Oleh yang demikian, setiap agensi harus peka dengan situasi ini. Statistik insiden keselamatan akan terus meningkat sekiranya setiap agensi tidak memandang serius atau gagal mengambil tindakan pengukuhan. Rentetan daripada itu pada 24 Feb 2010 Jemaah Menteri telah memutuskan supaya kesemua agensi Critical National Information Infrastructure (CNII) melaksanakan pengurusan sistem keselamatan maklumat mengikut MS ISO/IEC 27001 dan memperoleh Pensijilan ISMS di dalam tempoh 3 tahun.

KESIMPULAN

ISMS diharap akan membawa JMG ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang bukan sahaja memenuhi tuntutan dan kepuasan pelanggan serta mematuhi peraturan semasa tetapi membolehkan sistem penyampaian beroperasi dalam keadaan baik, selamat dan terkawal. ISMS juga menyediakan tanda aras (benchmark) tahap pengurusan keselamatan kerajaan berasaskan 3 standard universal. ISMS akan memantapkan lagi perlindungan ke atas maklumat dan asset ICT berasaskan prinsip kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan.

Berikut dikepilkan salinan Taklimat Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat berkaitan ISO/IEC 27001:2013 - Information Security Management System (ISMS) untuk rujukan.

Pautan berkaitan:

 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.