Perkhidmatan Utama

This image for Image Layouts addon

Pengurusan sumber mineral negara

Bagi melaksanakan program-program di bawah sembilan teras Dasar Mineral Negara 2, tiga pelan induk telah disediakan iaitu Pelan Induk Pembangunan Mineral, Pelan Induk Pembangunan Industri Kuari dan Pelan Induk Pemulihan Lombong dan Kuari. JMG berperanan untuk menyakin Kerajaan Negeri supaya menerima pakai sepenuhnya ketiga-tiga Pelan Induk tersebut untuk pembangunan mineral secara mampan.

Baca seterusnya
This image for Image Layouts addon

Pengurusan risiko bencana geologi negara

Pengetahuan dan kepakaran dalam proses semulajadi bumi serta pemetaan terperinci geobencana yang disediakan oleh JMG akan memastikan perancangan pembangunan yang mampan.

Baca seterusnya
This image for Image Layouts addon

Kawalselia dan penguatkuasaan perlombongan/ pengkuarian

JMG bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pembangunan Mineral 1994, Kaedah-Kaedah Kuari serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya untuk pengusahasilan mineral di negeri-negeri. Disamping itu, JMG juga turut terlibat dalam membantu menguatkuasakan undang-undang mineral negeri yang lain seperti Enakmen Mineral Negeri.

Baca seterusnya
This image for Image Layouts addon

Pengurusan sumber air bawah tanah negara

Selaras dengan Dasar Sumber Air Negara, JMG berperanan untuk mengenalpasti potensi sumber air tanah bagi menyokong permintaan bekalan air bersih yang semakin meningkat. Pengurusan sumber air tanah yang komprehensif akan menjamin sumber bekalan air bersih yang berterusan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kesejahteraan persekitaran.

Baca seterusnya
This image for Image Layouts addon

Pemetaan dan pencirian geologi dan geologi warisan

Selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, JMG memainkan peranan lebih aktif dalam membuat pemetaan geologi warisan dan pencirian geotapak untuk pewartaan dan dibangunkan sebagai geopark. Inisiatif pembangunan berkonsep geopark di bawah UNESCO telah terbukti dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di suatu kawasan dan akan dapat menjana ekonomi kepada masyarakat setempat dan negara.

Baca seterusnya
This image for Image Layouts addon

Penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan mineral (R&D&C)

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) merupakan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada Jabatan. PPM menjalankan projek-projek R&D berkaitan dengan teknologi berasaskan lempung, silika, batuan dan bahan termaju. Bagi menggalak pengusahahasilan sumber mineral secara mampan, R&D berkaitan teknologi pemprosesan mineral, perlombongan, pengkuarian dan pemulihan lombong dan kuari juga dijalankan. Fokus utama penyelidikan dan pembangunan (R&D) di PPM adalah untuk menambah nilai komoditi produk berasaskan sumber mineral tempatan.

Baca seterusnya
This image for Image Layouts addon

Geologi Marin

Baca selanjutnya
This image for Image Layouts addon

Makmal Geokimia dan Makmal Fizikal

Baca seterusnya
This image for Image Layouts addon

Pengurusan Data & Maklumat

Baca seterusnya

Fasiliti kami

This image for Image Layouts addon

Muzium Geologi

Baca selanjutnya
This image for Image Layouts addon

Penggerudian

Baca selanjutnya
This image for Image Layouts addon

Perpustakaan

Baca selanjutnya

Laporan Tahunan JMG

Laporan Tahunan ini merupakan satu medium untuk merakamkan semua kejayaan jabatan yang dicapai sepanjang tahun bagi program dan aktiviti utama untuk tatapan umum pada masa ini dan juga masa hadapan.

This image for Image Layouts addon