Penggunaan ICT merupakan salah satu kaedah digunapakai bagi mempercepatkan proses kerja dan memudahkan orang awam berurusan dengan Jabatan. JMG terus menerus mengkaji prosedur-prosedur kerja untuk mengurangkan kerenah birokrasi, serta mencari kaedah-kaedah mengurangkan masa memproses dan menambah baik sistem penyampaian.

Muat Turun Pelan Strategik ICT

Pembangunan ISP JMG menggunakan metadologi Analisis, Strategi, dan Formulasi (ASF) bagi mengenalpasti keperluan bisnes agensi dan seterusnya menetapkan visi, misi dan teras startegik serta penghasilan inisiatif pelan tindakan ICT JMG bagi tempoh lima (5) tahun.