ST@LK adalah singkatan untuk 'Statistik Atas Talian Lombong dan Kuari'. Ia merupakan suatu aplikasi berasaskan web yang telah dibangunkan oleh JMG khusus untuk pengusaha Lombong dan Kuari di Malaysia. Dengan aplikasi ini, pihak pengusaha boleh menghantar laporan statistik pengeluaran lombong dan kuari secara bulanan kepada jabatan ini. Laporan yang dihantar akan disimpan dalam pangkalan data yang berkaitan dan boleh dicari dan dicetak semula jika diperlukan.
ST@LK membantu pihak JMG untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pengusaha lombong dan kuari. Maklumat yang diterima dijamin kerahsiaannya dan akan digunakan untuk menjana laporan-laporan statistik pengeluaran dalam negera bagi sektor lombong dan kuari. Ia juga membantu pihak JMG untuk mengurus aktiviti lombong dan kuari dengan lebih baik dan sistematik.
SISTEM LAPORAN STATISTIK LOMBONG
Klik disini untuk akses ke sistem.
SISTEM LAPORAN STATISTIK KUARI
Klik disini untuk akses ke sistem.