Visi
A- A A+

s5 logo

KAMI ADALAH PENERAJU PEMBANGUNAN MINERAL DAN GEOSAINS MENJELANG 2020
faq seperator bm hubungi seperator bm maklumbalas seperator bm peta
Soalan
Lazim
 
Hubungi
Kami
 
Aduan dan
Maklum Balas
 
Peta
Laman

PENERAJU PEMBANGUNAN MINERAL DAN GEOSAINS MENJELANG 2020

JMG merupakan agensi kerajaan yang mempunyai autoriti dan kepakaran bagi menerajui penyiasatan, perkhidmatan dan penyelidikan dalam bidang mineral dan geosains dalam negara. Ianya dilakukan melalui perolehan (acquisition), tafsiran (interpretation), pengurusan (management) dan sebaran (dissemination) data dan maklumat mineral dan geosains. Pengetahuan, data dan maklumat mineral dan geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat, dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara serta pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan risiko bencana.

JMG beriltizam untuk menjalankan eksplorasi mineral bagi meningkatkan inventori mineral negara, menjalankan analisis profil komoditi mineral dan membuat perancangan strategik bagi menangani cabaran semasa. JMG juga bertanggungjawab memastikan aktiviti pengkuarian dan perlombongan dijalankan dengan teratur dan selamat serta mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. JMG juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang mineral untuk memajukan industri mineral negara.

JMG juga komited dalam penyiasatan dan perkhidmatan kepakaran geosains meliputi bidang-bidang pemetaan geologi, sumber air bawah tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar, geologi marin, geofizik, penderiaan jauh, mineralogi, petrologi dan bidang-bidang geosains lain.

Visi ini selaras dengan wawasan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.