1JMG, BUMI DITEROKA, PERSEKITARAN DIPELIHARA

Sebagai peneraju utama dalam aspek pembangunan mineral dan perkhidmatan geosains negara, JMG bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mineral dan pembangunan fizikal seiring dengan pemeliharaan alam sekitar. JMG memainkan peranan penting dalam meneroka sumber bumi melalui aktiviti eksplorasi, R&D dan kawal selia supaya dijalankan  dengan teratur, selamat dan mesra alam. sehubungan dengan itu, JMG akan bekerjasama dengan pihak pengusaha supaya meneroka sumber bumi secara optimum.

JMG juga menjalankan penyiasatan bagi mengumpul maklumat geosains dan memahami keadaan geologi negara. Pengetahuan dan maklumat geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, membantu   meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara serta pengurangan risiko bencana dan pemeliharaan alam sekitar.

Melalui peranan yang dimainkan oleh JMG, masyarakat boleh diyakinkan  bahawa pembangunan guna tanah dan penerokaan sumber bumi boleh diusahakan mengikut amalan terbaik yang selamat dan mesra alam.