Perutusan Ketua Pengarah
A- A A+

s5 logo

KAMI ADALAH PENERAJU PEMBANGUNAN MINERAL DAN GEOSAINS MENJELANG 2020
faq seperator bm hubungi seperator bm maklumbalas seperator bm peta
Soalan
Lazim
 
Hubungi
Kami
 
Aduan dan
Maklum Balas
 
Peta
Laman
shahar 200
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 
Salam Kegemilangan, Salam Perpaduan.
 
Saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung Portal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Portal ini adalah salah satu saluran untuk memperkenalkan JMG kepada masyarakat umum dan sebagai saluran penyebaran maklumat berkaitan agensi dan perkhidmatan kami melalui teknologi maklumat. Semoga maklumat yang dimuatkan dalam laman ini dapat memenuhi keperluan dan membantu anda semua.
 
Misi utama JMG adalah untuk membekalkan maklumat mineral dan memberikan perkhidmatan geosains kepada stakeholder dan pelanggan. JMG akan terus komited untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia demi untuk kesejahteraan dan pembangunan negara disamping memastikan sumber asli dan alam sekitar diuruskan secara lestari dan mampan.
 
Pada 2016, portal JMG telah diiktiraf sebagai The Most Improved Websites dan merupakan antara laman web kementerian dan agensi kerajaan yang berjaya menerima penarafan Lima Bintang seperti yang disenaraikan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC). Justeru itu, saya berharap portal  yang sentiasa dikemaskini dan bersifat interaktif ini dapat dijadikan sebagai landasan yang terbaik bagi pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkaitan mineral dan geosains.
 
Akhir kata, saya mengalu-alukan pengunjung mengemukakan sebarang cadangan bagi menambah baik penampilan dan mempertingkatkan lagi keberkesanan portal ini. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan supaya portal ini terus menjadi medium yang berkesan dan bermanfaat.
 
Salam hormat, terima kasih.
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH"
 
DATUK SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH AZIZI
Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.