Pematuhan Piagam Pelanggan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT)
BPT telah menepati dan memenuhi keperluan Piagam Pelanggan yang ditetapkan di dalam skop perkhidmatan BPT seperti berikut:
Jenis Perkhidmatan | Piawai Kualiti Perkhidmatan |
Maklumat Mineral dan Geosains | Memenuhi tempoh masa yang telah ditetapkan untuk menyediakan maklumat berkenaan kepada pelanggan. |
Perkhidmatan Kepakaran | Sentiasa memenuhi jangka masa yang telah dipersetujui bersama dengan pelanggan untuk melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu projek yang dikontrak kepada BPT termasuk juga penyediaan laporan kajian berkenaan. |
Perkhidmatan Makmal |
Sentiasa memenuhi tempoh 2 minggu yang ditetapkan untuk menyediakan laporan analisis kepada pelanggan setelah sampel diterima dan diproses. Namun demikian, dengan perolehan alat ICP-OES dan XRF baru-baru ini, beberapa metodologi analisis sedang dikaji semula oleh pihak makmal dengan tujuan mempercepatkan lagi proses analisis dan memendekkan "turn-around time" untuk menyiapkan analisis terutamanya bagi sampel-sampel mineral perindustrian yang seringkali dihantar oleh pelanggan Jabatan. Disamping itu persijilan akreditasi MS ISO/IEC 17025 untuk ujian-ujian tertentu juga sedang diusahakan oleh makmal bagi menjamin kualiti perkhidmatan analisis yang diberikan kepada pelanggan. |