JMG mempunyai lima objektif utama:

  1. Menyediakan maklumat komoditi mineral bagi meningkatkan pertumbuhan industri berasaskan mineral.
  2. Menggalakkan penggunaan optimum maklumat dan perkhidmatan geosains bagi pembangunan yang mapan.
  3. Memastikan pengusahahasilan sumber mineral berkembang secara teratur, selamat, cekap dan mesra alam serta mendatangkan pulangan yang optimum kepada negara.
  4. Menggalak kepelbagaian penggunaan sumber mineral tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
  5. Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang mineral, geosains dan perlombongan di peringkat nasional dan antarabangsa bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor mineral dan perancangan pembangunan negara.