Pemantauan kualiti udara
Dalam tahun 2013, jabatan telah menjalankan kerja-kerja pengukuran kualiti udara dan pemantauan habuk di kuari-kuari, kawasan perumahan, projek pembangunan dan juga kawasan pelupusan sisa industri bagi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Di samping kerja-kerja pemantauan kualiti udara, khidmat analisis sampel habuk yang diperolehi melalui kaedah Dustfall Deposition Gauge (DDG) juga dijalankan. Turut dilaksanakan ialah kerja-kerja pengukuran gegaran bumi dan ledakan udara.
Hasil Kerja
Jenis Pemantauan | Bilangan kerja | Nilai Kerja (RM) | ||||
Agensi Kerajaan | Sektor Swasta | |||||
JMG | Luar Jabatan | Lombong / Kuari | Perumahan | Lain –lain | ||
Habuk i. HVS ii. DDG |
- - |
- - |
18 - |
37 - |
4 1 |
14,750.00 80.00 |
Gegaran dan Ledakan Udara | 2 | - | 6 | - | - | 600.00 |
Bunyi | - | - | - | - | - | - |
Jumlah | 2 | - | 24 | 37 | 5 | 15,430.00 |
Latihan
Kursus/Bengkel | Tarikh & Tempat | Peserta |
Kursus Penilaian Rekod Peletupan Menggunakan Seismograf |
26 -28 March 2013 Telok Batik, Lumut, Perak |
25 orang Penolong Pegawai dan Pembantu Galian |
Kursus Siasatan Kemalangan Lombong dan Kuari |
27-30 May 2013 Kampar, Perak |
27 orang Penolong Pegawai dan Pembantu Galian. |
Taklimat Peraturan-Peraturan Mineral di Bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 |
2-3 September 2013 Ipoh, Perak |
Semua Timbalan Pengarah (Lombong Kuari) dan Pegawai Galian dari JMG seluruh Malaysia. |
Perundangan
Pada 2013, JMG terus terlibat dengan penggubalan beberapa peraturan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 bersama-sama dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang NRE. Hasilnya, pada 21 November 2013, Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013 [P.U. (A) 343] telah diluluskan. Peraturan ini adalah berkenaan perakuan pembedil serta penggunaan, penyimpanan, dan pengendalian bahan letupan di tenemen mineral.
Peperiksaan Pembedil
Sebanyak tujuh peperiksaan pembedil amali telah dikendalikan untuk seramai 30 orang calon dari negeri Johor, Perak, Selangor, Kedah, Terengganu dan Pahang.
Sesi | Tarikh | Pusat peperiksaan | Bilangan calon | Calon lulus | Peratusan lulus |
1 | 11 April 2013 | 6 | 45 | 36 | 80% |
2 | 11 July 2013 | 7 | 65 | 44 | 68% |
3 | 10 October 2013 | 8 | 46 | 31 | 67% |
Aktiviti-aktiviti Lain
Jabatan juga menerima lawatan sambil belajar dan membantu para pelajar IPTA/IPTS menjalankan ujikaji dengan menggunakan kemudahan makmal kejuruteraan. Pelajar-pelajar dari UTM Space, Universiti Teknologi Petronas dan Politeknik Ungku Umar, Ipoh telah menjalankan ujian pencirian ke atas batuan.
Penggunaan alat HVS untuk kerja pemantauan habuk di kawasan kuari, Temoh, Perak
Latihan amali pemeriksaan muka kuari yang runtuh semasa Kursus Siasatan Kemalangan Lombong dan Kuari, Simpang Pulai, Perak