Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) adalah berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001: 2015 bagi:

  1. Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) di Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB)
  2. Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) (Mineral: Bijih Timah, Bijih Besi, Bijih Emas dan Pasir Silika)

PERKHIDMATAN UJIAN BATU DIMENSI (UBD) DI CAWANGAN TEKNOLOGI BERASASKAN BATUAN (CTBB)

Perkhidmatan UBD kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pencirian fizikal seperti berikut:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. Sampel yang dihantar untuk ujian hendaklah mengikut spesifikasi saiz dan bilangan spesimen seperti di dalam Jadual 1 - Spesifikasi sampel untuk ujian batu dimensi (sila rujuk brosur di bawah).
  2. Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sama ada dalam bentuk Tunai, Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama Pengarah, Pusat Penyelidikan Mineral. (chek persendirian tidak diterima).

pdfSenarai Harga UBD12.13 KB18/11/2019, 16:20

PERKHIDMATAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL (UPM) (BIJIH TIMAH, BIJIH BESI, BIJIH EMAS DAN PASIR SILIKA) DI CAWANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINERAL (CTPM), PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

Perkhidmatan UPM (Bijih Timah, Bijih Besi, Bijih Emas dan Pasir Silika) kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pemprosesan seperti berikut:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. Semua ujian pemprosesan akan dijalankan setelah surat setuju terima perkhidmatan ditandatangani oleh pelanggan dan diserahkan kembali kepada Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pusat Penyelidikan Mineral. Senarai ujian dan harga setiap ujian adalah seperti di Jadual 2 - Senarai Ujian Pemprosesan Mineral beserta dengan harga setiap ujian (sila rujuk brosur di bawah).
  2. Laporan perkhidmatan/ujian hanya akan diserahkan kepada pelanggan setelah PPM menerima pembayaran bentuk Tunai, Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama Pengarah, Pusat Penyelidikan Mineral.

pdfList_of_Price_UPM_MS_ISO_9001_2015.pdf725.12 KB