MS ISO 9001:2015
A- A A+

s5 logo

KAMI ADALAH PENERAJU PEMBANGUNAN MINERAL DAN GEOSAINS MENJELANG 2020
faq seperator bm hubungi seperator bm maklumbalas seperator bm peta
Soalan
Lazim
 
Hubungi
Kami
 
Aduan dan
Maklum Balas
 
Peta
Laman

Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) adalah berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001: 2015 bagi:

  1. Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) di Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB)
  2. Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) (Mineral: Bijih Timah, Bijih Besi, Bijih Emas dan Pasir Silika)

PERKHIDMATAN UJIAN BATU DIMENSI (UBD) DI CAWANGAN TEKNOLOGI BERASASKAN BATUAN (CTBB)

Perkhidmatan UBD kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pencirian fizikal seperti berikut:

  1. Ujian Penyerapan Air (Water Absorption)
  2. Ujian Graviti Tentu (Specific Gravity)
  3. Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strength)
  4. Ujian Kepecahan Modulus (Modulus of Rupture)
  5. Ujian Kekuatan Lenturan (Flexural Strength)
  6. Ujian Ketahanan Lelasan (Abrasive Resistance)
  7. Ujian Koefisien Pengembangan Terma (Coefficient of Thermal Expansion)
  8. Ujian Kekuatan Hentaman (Impact Strength)
  9. Ujian Kekerasan Shore (Shore Hardness)
  10. Ujian Ketahanan Lelasan Menggunakan Taber Abraser (Abrasive Resistance using Taber Abraser)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. Sampel yang dihantar untuk ujian hendaklah mengikut spesifikasi saiz dan bilangan spesimen seperti di dalam Jadual 1 - Spesifikasi sampel untuk ujian batu dimensi (sila rujuk brosur di bawah).
  2. Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sama ada dalam bentuk Tunai, Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama Pengarah, Pusat Penyelidikan Mineral. (chek persendirian tidak diterima).

PERKHIDMATAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL (UPM) DI CAWANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINERAL (CTPM) (MINERAL: BIJIH TIMAH, BIJIH BESI, BIJIH EMAS DAN PASIR SILIKA)

Perkhidmatan UPM kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pemprosesan seperti berikut:

  1. Ujian Taburan Saiz Partikel
  2. Ujian Penentuan Kandungan Stanum (Sn) Dalam Bijih 
  3. Analisis Kandungan Mineral
  4. Ujian Penentuan Komposisi Kimia Sampel Dengan Menggunakan Alat Spektrometer Pendaflor Sinar-X (XRF)
  5. Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Dalam Bijih
  6. Ujian Penentuan Kandungan Emas (Au) Dalam Bijih
  7. Ujian Penentuan Kandungan Sulfur (S) Dalam Bijih
  8. Ujian Pengisaran
  9. Ujian Penentuan Kandungan Organik
  10. Ujian Penentuan Kandungan Silikon Dioksida Dalam Pasir Silika xi) Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer
  11. Ujian Penentuan Kandungan Titanium (Ti)  Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer
  12. Ujian Penentuan Kandungan Aluminium (Al) Menggunakan Alat Spektrofotometer Serapan Atom (AAS)
  13. Ujian Penentuan Kandungan Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg).
  14. Ujian Pengasingan Graviti Menggunakan Alat Jig dan Meja Ayun xvi) Ujian Pengasingan Bermagnet Menggunakan Alat Pemisah Bermagnet Dwi Cakera (DDMS) dan Alat Pengasingan Bermagnet Berkeamatan Tinggi Cara Basah (WHIMS)
  15. Ujian Pengapungan Buih
  16. Ujian Pengasingan Bervoltan Tinggi
  17. Ujian Penggosok Geseran (Attrition Scrubbing)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. Semua ujian pemprosesan akan dijalankan setelah surat setuju terima perkhidmatan ditandatangani oleh pelanggan dan diserahkan kembali kepada Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pusat Penyelidikan Mineral. Senarai ujian dan harga setiap ujian adalah seperti di Jadual 2 - Senarai Ujian Pemprosesan Mineral beserta dengan harga setiap ujian (sila rujuk brosur di bawah).
  2. Laporan perkhidmatan/ujian hanya akan diserahkan kepada pelanggan setelah PPM menerima pembayaran bentuk Tunai, Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama Pengarah, Pusat Penyelidikan Mineral.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.