- Butiran
-
Terakhir dikemaskini: 13 November 2018
PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL (PPM) MERUPAKAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS (JMG) MALAYSIA.

Objektif JMG (PPM) adalah
- Untuk menggalak dan mempelbagai penggunaan sumber mineral tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui R&D.
- Untuk menggalak pengusahahasilan sumber mineral secara mapan melalui R&D.
Antara fungsi JMG (PPM) ialah
- Menjalankan R&D berasaskan mineral tempatan supaya dapat menghasilkan bahan mula dan bahan tambah nilai untuk digunakan oleh industri.
- Membangun teknologi pemprosesan mineral dan kitar semula yang bersesuaian.
- Menjalankan penyelidikan bersama Institusi Pengajian Tinggi, agensi R&D yang lain serta pihak industri dalam bidang mineral.
- Mengkomersil hasil R&D yang signifikan melalui pemindahan teknologi kepada pihak yang berminat.
- Berperanan sebagai penasihat dan pusat rujukan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikan mineral tempatan.
- Menjalankan R&D berkaitan pengusahahasilan mineral, impak alam sekitar dan pemulihan serta menyediakan perkhidmatan sokongan kepada jabatan dalam menangani masalah yang berkaitan.
Selaras dengan kehendak kerajaan bagi memajukan teknologi berasaskan mineral JMG(PPM) menjalankan projek-projek R&D berkaitan teknologi berasaskan lempung, silika, batuan dan bahan termaju. Untuk menggalak pengusahahasilan sumber mineral secara mapan, R&D berkaitan teknologi pemprosesan mineral, perlombongan, pengkuarian dan pemulihan lombong dan kuari dijalankan.