Projek Pembinaan Telaga Air Bawah Tanah Johan Setia
A- A A+

s5 logo

KAMI ADALAH PENERAJU PEMBANGUNAN MINERAL DAN GEOSAINS MENJELANG 2020
faq seperator bm hubungi seperator bm maklumbalas seperator bm peta
Soalan
Lazim
 
Hubungi
Kami
 
Aduan dan
Maklum Balas
 
Peta
Laman

LOKASI 1 : JALAN KEBUN NANAS 3/KS 8, JOHAN SETIA

Penggerudian telah mula dijalankan pada 28 Mac 2019. Kedalaman yang telah dicapai pada 09 April 2019 ialah 117m. Litologi bagi lubang penggerudian adalah terdiri daripada gambut yang berkedalaman 0.2-1.0 meter dan diikuti dengan lempung, lodak, pasir berlempung, pasir berlodak, lempung berpasir, lodak berpasir, pasir berlodak dan shal. Pihak JMG telah memantau sepanjang proses penggerudian dijalankan. Pihak kontraktor juga telah menjalankan perbincangan dari masa ke semasa dengan pihak JMG tentang permasalahan semasa penggerudian dijalankan.

Litologi dan sampel batuan telah disemak oleh pihak JMG. Pada 10 April 2019, pihak kontraktor memohon untuk memberhentikan penggerudian pada 117meter. Ini adalah ekoran cerapan lapangan yang menunjukkan lubang gerudi tidak menunjukkan tanda-tanda perbezaan litologi dari kedalaman ~79.0meter-117meter iaitu berlitologi lodak berlempung. Perbandingan data penggerudian juga telah dijalankan dengan data dari kajian Geofizik Resistiviti 2D. Perbandingan ini menunjukkan litologi batuan adalah sama atau uniform sehingga ke kedalaman 160meter.

Perbincangan yang menyeluruh bagi mendapatkan keputusan bagi pemberhentian penggerudian ini telah dijalankan antara pihak kontraktor penggerudian, Pengarah JMG Selangor/WP dan pegawai-pegawai JMG Selangor/WP yang terlibat dalam aktiviti hidrogeologi. Hasil dari perbincangan tersebut dan penilaian terhadap keseluruhan litologi batuan serta kehadiran batuan berbutiran halus - sangat halus seperti litologi lodak berlempung pada kedalaman 79-117meter menunjukkan telaga yang digerudi ini tidak memungkinkan akan dapat menghasilkan luahan air yang banyak (melebihi 10m3/jam) pada telaga tersebut. Perbincangan ini juga telah mengambilkira pengalaman JMG Selangor dalam menggerudi telaga dengan litologi yang hampir sama di lokasi-lokasi lain sebelum ini. Keputusan yang kumulatif telah diambil oleh pihak JMG dengan mengambil kira semua faktor dan pandangan teknikal. Sehubungan dengan itu, pihak JMG Selangor memutuskan untuk mengarahkan pihak kontraktor memberhentikan penggerudian pada kedalaman 117 meter dan meneruskan dengan proses membina telaga dengan rekabentuk yang telah dipersetujui bersama. Sehingga 15 April 2019, pihak kontraktor sedang menjalankan proses membina telaga dengan memasukkan selongsong dan skrin mengikut rekabentuk yang dipersetujui.

Selain daripada itu, bagi mendapatkan data sehingga ke kedalaman 150meter, pihak JMG telah mengarahkan kontraktor penggerudian telaga untuk menjalankan penggerudian lubang gerudi bersaiz 2inci sehingga kedalaman 150meter. Tujuan penggerudian ini adalah untuk mendapatkan data litologi batuan sehingga ke kadalam tersebut bagi tujuan kajian selanjutnya.

LOKASI 2 : JALAN 10, JOHAN SETIA, KLANG

Penggerudian telah dijalankan bermula 11 April 2019. Kedalaman yang telah dicapai pada 15 April 2019 ialah 123m. Litologi bagi lubang penggerudian adalah terdiri daripada gambut yang berkedalaman 0.0-6.0 meter dan litologi terdiri daripada antaranya lempung berlodak, pasir berlodak bersaiz sederhana ke kasar, pasir halus ke sederhana kasar, pasir kasar ke sangat kasar, lempung berpasir dan lodak berlempung. Pihak JMG telah memantau sepanjang proses penggerudian dijalankan. Pihak kontraktor juga telah menjalankan perbincangan dari masa ke semasa dengan pihak JMG tentang cerapan semasa penggerudian dijalankan.

Pada 15 April 2019, penggerudian akan diteruskan sehingga mencapai kedalaman 150meter. Rekabentuk telaga akan dirangka setelah penggerudian dihentikan setelah mencapai kedalaman yang dikehendaki.

Lokasi Telaga Tiub Air Bawah Tanah Yang Diputuskan

Berdasarkan kajian geofizik, keperluan bagi kawasan ‘hotspot’, hidrologi kawasan, akses masuk ke tapak dan kesesuaian lokasi, lokasi yang dipilih untuk pembinaan telaga air bawah tanah ini ialah di:

  1. Jalan Kebun Nanas 3/KS 8, Johan Setia
  2. Jalan 10, Johan Setia, Klang

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PENGGERUDIAN DAN PEMBINAAN TELAGA TIUB AIR TANAH DI JOHAN SETIA, KLANG, SELANGOR

Sejumlah 2 buah sebutharga telah dikeluarkan bagi pembinaan 2 buah telaga air tanah ini pada 15 Februari 2019 dan akan ditutup pada 25 Februari 2019. Lawatan tapak bersama kontraktor yang akan menawarkan sebutharga telah dijalankan pada 18 Februari 2019. Lawatan tapak ini turut disertai oleh Tuan Saiful Azri, ADO Klang bersama penguatkuasa PTD yang turut terlibat dalam merobohkan pagar haram yang dibina oleh peladang di jalan masuk ke lokasi cadangan penggerudian telaga di Jalan Kebun Nanas 3/KS 8, Johan Setia, Klang.

Johan Setia, Klang, Selangor, 14 - 21 Januari 2019 - Kajian geofizik Keberintangan 2D dan Induced Polarisation (IP) bertujuan untuk menentukan lokasi yang sesuai untuk pengerudian sehingga kedalaman 150m. Sebanyak 5 garisan kajian telah dilaksanakan oleh Unit Geofizik, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG , Ipoh. Unit Geofizik, JMG telah mencadangkan 2 buah lokasi yang berkemungkinan bersesuaian untuk tujuan pengerudian telaga air bawah tanah. Walau bagaimanapun, cadangan tapak pengerudian ini perlu dinilai semula dengan penambahan data-data yang berkaitan terutamanya tafsiran data batuan dasar dan jenis bahan yang membentuk batuan dasar. Data lubang gerudi amat penting untuk mengesahkan tafsiran imej keberintangan 2D dan anomali masa kebolehcasan.

1Peta kedudukan garisan kajian di kawasan Kampung Johan Setia, Klang, Selangor.

2Salah satu keratan rentas Imej keberintangan 2D dan keratan rentas masa kebolehcasan.

Lawatan tapak dan perbincangan Lokasi Cadangan Pembinaan Check Dam dan Tube Well Baru di Kawasan Johan Setia , Klang

Kawasan Pertanian Johan Setia, Klang - Lawatan tapak secara bersepadu telah dijalankan bersama agensi-agensi yang terlibat iaitu JMG, BOMBA, JAS, JPS, UPBN, JPBD, MPK, PTD dan Jabatan Pertanian. Sejumlah 6 buah lokasi yang sesuai dari aspek sejarah kebakaran setiap tahun, akses jalan, parameter hidraulik dan berstatus tanah kerajaan telah dikenalpasti. Unit Geofizik JMG telah merencana akan kerja-kerja yang perlu dijalankan dengan kadar yang segera.

Mesyuarat telah diadakan di JMG Selangor/Wilayah Persekutuan dan dipengerusikan oleh Pengarah JMGSWP. Mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara penting dalam perlaksanaan projek ini iaitu lokasi kawasan yang bermasalah gambut terbakar, status pemilikan tanah bagi tapak cadangan penggerudian, jangkamasa bagi pelan kerja yang dicadangkan, lawatan tapak, kajian geofizik yang dicadangkan, pembinaan check dan dan pizometer di kawasan bermasalah dan beberapa isu lain yang berkaitan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JMG Selangor/W.P. dan dihadiri oleh wakil agensi-agensi iaitu UPBN, JAS, BOMBA, PTD, MPK, ARSM, JPS, JAS, Jab. Pertanian, TNB dan BPT JMG. Mesyuarat bersetuju kerja-kerja penggerudian telaga air bawah tanah ini akan mengambil masa selama lebihkurang 10 minggu untuk dijalankan dan tarikh janggkaan siap bagi 2 buah telaga ialah pada pertengahan bulan April 2019.

Carta perlaksanaannya adalah seperti berikut:

 1

Kehadiran:

  1. Pgh JMGSWP, TPGS JMGSWP, 2 Peg JMGSWP, Peg Geofizik BPT
  2. UPBNS En. Fairuz KPSU
  3. Wakil JAS Selangor
  4. Wakil JPS Selangor
  5. Wakil ARSM
  6. Wakil PTD Klang
  7. Wakil Jab PertanianSelangor
  8. Wakil Bomba Selangor
  9. Wakil TNB Selangor

Perutusan Pengerusi

Memberi penerangan sejarah kebakaran gambut di Johan Setia dan kajian2 terdahulu oleh JMG dan keputusan kerajaan utk siapkan pembinaan 2 telaga tiub pd bulan April, 2019. Task Force diketuai JMGSWP. Priority projek adalah Tahap Kritikal dan  Keutamaan Tertinggi. Bajet RM460K dpd JAS.

Perkara 1

ARSM telah membentang hasil siasatan geofizik yg dibuat pd Nov 2018. Keputusan - tiada sumber air yg sesuai. Tidak cukup dalam utk jumpa batuan keras.

Perkara 2

PTD Klang telah mencadang 4 lokaliti tanah bukan milik persendirian utk pembinaan 2 telaga.

Selepas sesi perbincangan teknikal yg menyeluruh, keputusan mesy spt berikut:

  1. Lawatan Tapak pd 14.01.2019 utk memeriksa cadangan lokasi telaga yg disaran oleh PTD Klang.  Urusan lawatan tapak akan dikendali oleh JPS Selangor.
  2. Sebagai tindakan secara parallel, Pengerusi mencadangkan menggunakan RM15K dpd bajet yg JMG akan terima dpd JAS berjumlah RM100K utk projek Naiktaraf Telaga Sediada utk membina beberapa Piezometer di kwsn Johan Setia. Pihak JAS bersetuju. Tujuan pemasangan: utk monitor level air tanah sbg langkah preventig secara flooding selepas 2 minggu tidak hujan. Selepas siap dipasang, JMG akan serahkan kpd UPBN Selangor utk dibuat monitoring. JMG akan bantu flooding. Target siap pemasangan Piezometer ialah 2 minggu selepas bajet diterima. 
  3. Oleh kerana kajian geofizik oleh ARSM cuma ke kedalaman 80m dan tidak menjumpai batuan keras, JMG akan membuat kajian geofizik utk target kedalaman 120-200m.
  4. TPGS JMGSWP diarah membuat rujukan kajian SI (borehole) terdahulu di kawasan berhampiran utk mendapat gambaran awal kedalaman batuan keras
  5. Semua kerja JMG (geofizik, penyediaan specs sebutharga dan urusan tawaran projek, drilling, ujian pengepaman dan pembinaan telaga memakan masa 3 bulan. Dijangka siap pada minggu ke-3 April.

Mesyuarat Bagi Membincangkan Cadangan Pembinaan Telaga Tiub Dan Kolam Takungan Di Kawasan Johan Setia, Klang

Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat JAS, Putrajaya - Ini merupakan mesyuarat ‘kick-off’ yang membincangkan masalah, kajian yang diperlukan dan tindakan agensi-agensi yang terlibat dalam menangani gambut yang sering terbakar di kawasan Johan Setia, Klang, Selangor. Mesyuarat memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa ‘task force’ bagi kajian ini dan memutuskan JMG akan mengetuai Jawatankuasa ‘task force’ tersebut. Jawatankuasa ‘task force’ perlu dianggotai oleh semua agensi yang terlibat dalam kajian ini; antaranya ialah JAS, UPBN, JPS, ARSM, PTG, MPK dan lain-lain agensi yang berkaitan. JMG akan menjalankan kajian geofizik pada awal tahun 2019 seawal peruntukan kajian ini didapati. Sejumlah 6 atau 8 buah kajian geofizik dengan garisan Resistiviti 2D 800m perlu dijalankan untuk penentuan lokasi akuifer. Sejumlah 2 buah telaga tiub perlu JMG bina dalam tahun 2019 dengan segera sebelum bermulanya musim kemarau (anggaran bulan April 2019).

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.