2020 12 18 11 39 37

ASEAN Mineral Awards merupakan satu inisiatif di bawah ASEAN Mineral Cooperation Action Plan (AMCAP) yang telah dipersetujui di bawah rangka kerja ASEAN Senior Official Meeting on Mineral (ASOMM) dan ASEAN Ministerial Meeting in Minerals (AMMin). Anugerah ini bertujuan mengiktiraf penggiat industri perlombongan dan pengkuarian yang melaksanakan pembangunan sumber mineral secara mampan.

ASEAN Mineral Awards adalah acara yang diadakan secara dwi-tahunan dan terbuka kepada semua syarikat berkaitan perlombongan dan pengkuarian di negara ASEAN. Penganjuran 1st ASEAN Mineral Awards adalah pada tahun 2017 di mana kemuncaknya merupakan majlis pengiktirafan yang diadakan bersempena 6th AMMin di Nay Pyi Taw, Myanmar. Manakala, 2nd ASEAN Mineral Awards turut dianjurkan dengan jayanya pada tahun 2019 dan majlis penganugerahan telah diadakan bersempena 7th AMMin di Bangkok, Thailand. 2nd ASEAN Mineral Awards ini telah menyaksikan kejayaan Malaysia menjuarai dua (2) kategori iaitu Best Practices in Non-Metallic Minerals Processing dan Best Practices in Non-Metallic Minerals Distribution.

Bagi meneruskan kejayaan inisiatif ini, 3rd ASEAN Mineral Awards akan dianjurkan pula pada tahun 2021. Penyertaan adalah dibuka mulai sekarang sehingga 15 Februari 2021.

Kategori yang akan dipertandingkan dalam 3rd ASEAN Mineral Awards 2021 adalah seperti berikut:

  1. Best Practices in Metallic Minerals Mining;
  2. Best Practices in Non-metallic Minerals Mining;
  3. Best Practices in Metallic Minerals Processing;
  4. Best Practices in Non-metallic Minerals Processing;
  5. Best Practices in Metallic Minerals Distribution; dan
  6. Best Practices in Non-metallic Minerals Distribution.

Penyertaan hanya terbuka kepada penggiat dalam bidang mineral berlogam dan bukan logam sahaja (tidak termasuk arang batu, minyak dan gas asli).

Setiap penyertaan akan dinilai oleh satu Jawatankuasa Penilaian Kebangsaan untuk disenarai pendek bagi mewakili negara ke peringkat ASEAN.

Bersama-sama ini juga disertakan syarat-syarat penyertaan seperti di Lampiran A dan Guidelines for the ASEAN Mineral Awards seperti di Lampiran B bagi penggiat industri yang berminat.

Lampiran A – Syarat-Syarat Penyertaan.pdf
Lampiran B – Guidelines for the ASEAN Mineral Awards.pdf

Dokumen yang sudah dilengkapkan hendaklah dikemukakan menerusi pos atau emel tidak lewat daripada 15 Februari 2021 (Isnin) kepada urus setia seperti yang berikut:

Encik Mohd Shahnaz bin Yazid
Bahagian Mineral dan Geosains
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
Tel: 03-88861435
emel: ; atau

Puan Ummi Daeimah binti Hussin
Cawangan Ekonomi Mineral
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Aras 8, Menara PjH
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2
62100 Putrajaya
Tel: 03-88716000
emel: