Pengumuman
A- A A+

2019 12 31 11 18 23

Kronologi:

  1. Pihak JMG telah mewarwarkan kesediaan JMG untuk membantu kawasan mengalami masalah air bersih melalui projek 'waterstress'. Hasil drpd itu, pihak jabatan telah menerima permohonan drpd pihak masjid membantu mereka mendapatkan sumber air di kawasan tapak wakaf masjid Kg. Jawa, Hulu Langat. Berdasarkan data geologi dan kepakaran JMG adalah dlm bidang penyiasatan kaji bumi dan sumber asli termasuk air bawah tanah, hotspring, bencana alam dan lain2, kajian regional di tapak telah dilakukan. Pihak jabatan kenalpasti lokasi ini ada potensi air bawah tanah.
  2. Pihak jabatan telah melantik kontraktor GWS utk menggali telaga tiub,berdasarkan potensi air bawah yg telah dikenalpasti.
  3. Hasil penggerudian telah membawa kepada penemuan air panas dalam zon retakan batuan granit pada kedalaman 53 meter.
  4. Pihak JMG telah memaklumkan penemuan ini kepada pihak masjid.
  5. Pihak JMG ini juga telah memanjangkan penemuan ini kepada pihak pejabat Exco Pelancongan Selangor, dan mencadangkan supaya kerjasama diwujudkan bersama pihak masjid untuk membangunkan telaga air panas artesian ini, kerana JMG berpendapat penemuan ini adalah yang terbesar, di semenanjung, mungkin di juga di Malaysia, hasil rujukan bersama Jabatan Geologi UKM.
  6. Pada 26hb, satu lawatan tapak telah diadakan oleh JMG bersama Exco Pelancongan Selangor disertai Tourism Selangor, MOTAC, Pejabat tanah Hulu Langat dan MPAJ ke tapak berkenaan dan juga untuk mengadakan perbincangan pembangunan air panas ini bersama wakil pembangunan masjid.
  7. Pihak JMG berharap penemuan ini akan memberikan kebaikan kepada semua pihak terutama kerajaan negeri dan juga penduduk Kg. Jawa, Hulu Langat.

WhatsApp Image 2020 01 10 at 4.57.09 PM

WhatsApp Image 2020 01 10 at 4.57.08 PM

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.