Pengumuman
A- A A+

59625784 2909648969052833 6358867861057830912 n

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPM mendapat kejayaan cemerlang dalam pertandingan rekacipta sempena 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX'19) yang telah diadakan pada 2 - 4 Mei 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Rekacipta-rekacipta ini ialah:

1. Anti Thermal Shock Porcelain Whitewares oleh Pn Aspaniza bt Ahmad dan pasukannya dari Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung - PINGAT EMAS

2. Poly Art Marble: From Waste to Worth oleh Pn Hamizah bt Abdul Samad dan pasukannya dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju - PINGAT EMAS

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada pasukan penyelidik dari PPM yang menunjukkan prestasi cemerlang dan membanggakan ini.

Kejayaan ini adalah berkat daripada doa semua warga JMG, semangat dan iltizam para pegawai dan pasukan yang bertanding serta sokongan padu daripada pihak Pengurusan Tertinggi JMG. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.

Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada semua warga JMG untuk bekerja dengan lebih tekun lagi untuk sama-sama membangun dan melonjakkan lagi nama JMG di persada dunia.

Senarai Perkhidmatan Dalam Talian

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.