Keratan Akhbar
A- A A+

penilaian semula jerai geopark

KUALA MUDA - Kewujudan Jerai Geopark memberikan rasa bangga dan jatidiri masyarakat setempat tentang rupa bentuk persekitaran yang unik dan menarik, nilai semulajadi struktur geologi yang patut dihargai, dipelihara setanding dengan nilai geowarisan yang tidak boleh diperbaharui untuk dikongsi bersama masyarakat dari luar Daerah Yan dan juga Kuala Muda.

Jerai Geopark berupaya menarik ramai pelancong ke Negeri Kedah dan sekaligus menyemarakkan industri pelancongan di utara Semenanjung Malaysia. Justeru itu, Jerai Geopark mesti diketengahkan ke pesada dunia melalui penilaian semula oleh pakar-pakar yang berkaitan.

Pelbagai langkah yang telah diambil dan akan diambil sedang dijalankan termasuk mendapatkan penilaian dari Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) Kedah/Perlis dan Pulau Pinang yang turun padang untuk melihat sendiri beberapa tempat di Daerah Yan dan Kuala Muda yang telah dijadikan tapak geopark di negeri ini.

Dalam rangka lawatan seharian para penilai tersebut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan, Profesor Datuk Mokhtar Saidin; Ketua Pusat Pembangunan Komuniti Lestari (SCDC) UiTM Shah Alam, Dr. Mohd Salleh Daim; Pengarah Bahagian Forrest Eco Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop; Timbalan Pengarah Pembangunan Sektoral BPEN, Faisal Rizal Mohammad dan wakil-wakil dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Kedah/Perlis/Pulau Pinang.

Lawatan yang diadakan tersebut adalah untuk melihat sendiri tentang kewujudan dan kelebihan yang ada di Jerai Geopark tersebut serta membuat penilaian untuk diangkat ke peringkat kebangsaan.

Sebanyak sembilan tapak telah dipilih untuk dilawati dan dinilai antaranya Pasar Bisik dan Geotapak Geobencana Tsunami di Kuala Muda, Geotapak Evolusi Geologi Batu Lumpur Merah Bukit Penjara, Galeri Titi Semeling, Hutan Bakau Merbok di Jeti Semeling, Tapak Geoarkeologi Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Geotapak Evolusi Geologi Kuatemari-Pesisir Pantai Kuno Singkir Laut, Tapak Budaya Kampung Acheh dan Geotapak Evolusi Geologi Kuarzit di Titi Hayun, Yan.

Senarai Perkhidmatan Dalam Talian

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.