Keratan Akhbar
A- A A+

cuacakeringpadi 1579002483Siti Aminah Ahmad, 57, dari Kampung Paya Mat Insun, Pendang, menunjukkan padi yang sudah menguning tetapi kualiti padi kurang elok, menjadi 'Padi Hampa' berikutan cuaca kering. 'Padi hampa' ini dari jauh nampak elok tetapi bila masak dalamnya kosong dan tiada isi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli menasihati kerajaan negeri, kerajaan tempatan serta pemilik tanah supaya memantau rapi kawasan mudah dan sering terbakar untuk mengelakkan kebakaran hutan, susulan cuaca kering yang dijangka berlaku.

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini, pihak terbabit juga perlu mengambil langkah mencegah pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka di kawasan seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri.

“Berikutan keadaan cuaca lebih kering dijangka berlaku di Semenanjung, semua pihak juga dinasihat tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa peka terhadap kejadian kebakaran hutan, terutama yang berlaku di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Beberapa tindakan pencegahan dan pengawalan kebakaran hutan di Semenanjung sudah diambil, antara lain bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia serta Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kedudukan ‘hotspot’ dan kawasan berisiko kebakaran.

JPSM juga bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains untuk membina telaga tiub serta memeriksa empangan di kawasan berpotensi mengalami kebakaran hutan.

“Hingga kini, sebanyak 85 telaga tiub sudah dibina di Semenanjung dalam HSK, tanah kerajaan dan tanah milik.

“Selain itu, menara tinjau dibina di kawasan berpotensi mengalami kebakaran hutan dan peralatan pencegahan kebakaran hutan disediakan kepada Pasukan Semut Merah untuk digunakan ketika operasi pencegahan kebakaran hutan,” katanya.

Kementerian itu berkata, kebakaran hutan di Australia harus menyedarkan semua pihak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menambah baik perlindungan alam sekitar dan menangani ancaman yang semakin meningkat terhadap ekosistem akibat perubahan iklim.

“Antara impak kebakaran hutan terhadap alam sekitar ialah kemusnahan habitat semula jadi, fenomena jerebu, masalah kesihatan dan kehilangan kepelbagaian biologi hutan,” katanya. - BERNAMA

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.