Keratan Akhbar
A- A A+

azminloka 1577518991MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melihat pelan rumah ketika mengadakan lawatan ke sebuah kediaman yang mengalami keretakan serius di Taman Kelab Ukay. - Foto Zulfadhli Zulkifli

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan segera susulan insiden pergerakan tanah di Taman Kelab Ukay di sini, sebaik laporan siasatan beberapa agensi teknikal dikeluarkan 8 Januari depan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keutamaan diberi untuk melindungi keselamatan penduduk di kawasan terjejas dan sekitarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, berkata Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat melakukan kajian penelitian teknikal di kawasan terjejas.

“Ini kawasan sensitif dan menjadi tanggungjawab MPAJ untuk pastikan kawasan ini selamat diduduki.

“Saya sudah minta MPAJ ambil tindakan segera dan laporan JMG paling penting untuk melihat aliran air.

“Kalau ada keperluan kerajaan negeri akan ambil tindakan memulihkan kawasan ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengadakan lawatan ke sebuah kediaman yang mengalami keretakan serius dan sudah diarah dikosongkan sebelum ini susulan insiden pergerakan tanah.

Mohamed Azmin berkata, arahan meroboh kediaman hanya akan dimuktamadkan sebaik laporan siasatan lengkap dikeluarkan.

Ketika ini, katanya, penelitian JMG dan MPAJ hanya meliputi kawasan terjejas membabitkan enam kediaman penduduk.

Bagaimanapun, beliau mahu kawasan sekitar dipantau secara berterusan bagi memastikan insiden sama dikesan lebih awal, sekali gus menjamin keselamatan penduduk.

“Usaha pemantauan dijalankan kerajaan negeri sebelum ini dan kita sudah menyediakan laporan terperinci kerana kawasan ini memang sensitif di Selangor, merangkumi cerun, tanah dan batuan.

“MPAJ memantau secara dekat manakala JMG akan lihat di semua kawasan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan syarat ketat untuk kelulusan aktiviti pembangunan di kawasan berkenaan.

“PBT tidak pernah membenarkan pembangunan pembangunan di cerun tahap tiga dan cerun tahap empat, malah di cerun tahap satu pun ketat,” katanya.

Beliau berkata, sebarang permohonan dibuat secara profesional manakala kelulusan hanya diberi selepas semua syarat dipatuhi.

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.