Keratan Akhbar
A- A A+
jata88px
 
KENYATAAN MEDIA
MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI
KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI

KEPERLUAN PEMBERITAHUAN
MENGENAI PEMBANGUNAN AIR BAWAH TANAH

15 JULAI 2019

Pengurusan sumber air bawah tanah dan hidrogeologi sangat penting bagi memastikan aktlviti pembangunan air bawah tanah yang lestari, cekap dan selamal. Sehubungan itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Air , Tanah dan Sumber Asli (KATS) adalah dlpertanggungjawabkan untuk menjalankan penyiasatan geologi, hidrogeologi dan air bawah tanah serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974 [Akta 129].

Berdasarkan senario semasa, didapatl pelbagai agensi kerajaan, swasta dan orang awam menjalankan kerja-kerja pembangunan air bawah tanah tanpa kebenaran dan perancangan yang bersepadu atau pemberitahuan kepada JMG dan pihak berkuasa air negeri. Sewajarnya pembangunan air bawah tanah perlu dilaksanakan secara lestari bagi memastikan keselamatan penggunaannya dan mesra alam sekitar.

Bagi memastikan pembangunan sumber air bawah tanah yang holistik, Peraturan-Peraturan Penyiasatan Kaji Bumi (Pemberitahuan Pemajuan Telaga Dan Korekan) 2013 telah diluluskan selaras dengan peruntukan Seksyen 22 Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974 [Akta 129]. Peraturan tersebut bertujuan mendapalkan maklumat seperti geologi, hidrogeologi dan air bawah tanah. Maklumat-maklumat tersebut akan dlgunakan dalam perancangan pembangunan sumber air negara.

Peraturan tersebut menghendaki mana-mana orang atau entiti yang ingin membangunkan telaga air bawah tanah atau telaga tiub, memaklumkan mengenai butiran-butiran yang diperlukan secara bertulis kepada JMG termasuk telaga yang telah dibangunkan jika dikehendakl. Maklumat mengenai peraturan ini boleh diperolehi melalui laman web JMG di www.jmg.gov.my.

Kegagalan mana-mana orang atau entiti untuk mematuhi peraturan tersebut, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penalti tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan sebagai tambahan boleh didenda sebanyak lima puluh ringgit sehari bagi tiap-tiap hari pelanggaran atau kegagalan itu berterusan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 18, Akta 129.

YB. DR. XAVIER JAYAKUMAR
MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI
15 JULAI 2019

Senarai Perkhidmatan Dalam Talian

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.