Keratan Akhbar
A- A A+

s5 logo

KAMI ADALAH PENERAJU PEMBANGUNAN MINERAL DAN GEOSAINS MENJELANG 2020
faq seperator bm hubungi seperator bm maklumbalas seperator bm peta
Soalan
Lazim
 
Hubungi
Kami
 
Aduan dan
Maklum Balas
 
Peta
Laman

SHAH ALAM: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang merangka undang-undang baharu membabitkan penggunaan sumber air bawah tanah bagi kegunaan harian dan industri dalam jangka masa panjang.

Ia bagi memastikan penggunaan sumber air ini mampan dan tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar.

Menterinya, Dr A Xavier Jayakumar, berkata ketika ini Malaysia hanya menggunakan kira-kira tiga peratus sumber air bawah tanah dan jika ia dikuatkuasakan kelak, penggunaannya disasarkan kepada 20 peratus.

Beliau berkata, ketika ini belum ada undang-undang khusus untuk penggunaan sumber air bawah tanah.

Katanya, penggunaan sumber air bawah tanah bukan sesuatu yang baharu berikutan Kelantan sudah menggunakannya untuk bekalan air kepada pengguna manakala Selangor pula untuk kegunaan industri.

Justeru, beliau meminta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) membuat kajian mengenainya.

“Ada dua negara yang pakar mengenai penggunaan sumber air bawah tanah iaitu Jepun dan Korea.

“Ketika ini kita mempunyai 5 trilion meter padu simpanan air bawah tanah.

“Banyak pemain industri berminat dengan penggunaan sumber air bawah tanah dan kita memerlukan kerjasama daripada semua kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Air Bawah Tanah Kebangsaan pertama di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Zurinah Pawanteh; Ketua Pengarah JMG, Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi dan Setiausaha Agung dan Pengerusi Lembaga Pengarah Japan Water Forum, Dr Kotaro Takemura.

Ketika ini, sumber air tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Ditanya mengenai bantahan sesetengah pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membabitkan penggunaan sumber air bawah tanah, Dr Xavier berkata, tumpuan utama adalah perubahan iklim yang dihadapi ketika ini, dan Malaysia tidak seharusnya berdepan dengan masalah kemarau seperti yang berlaku di Kedah, baru-baru ini.

Justeru, katanya, perlu ada penggunaan air bawah tanah yang mampan termasuk mendapatkan sumber berkenaan di lapisan batu batan selain menyimpan air hujan dan banjir untuk kegunaan pada musim kering.

Pada masa sama, katanya, semua pihak termasuk perancang bandar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah tidak boleh menggunakan perancangan sedia ada, sebaliknya memikirkan cara dan kaedah baharu yang selaras dengan perubahan iklim dan sebagainya.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.