Aktiviti Semasa
A- A A+

Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Untuk makluman, JMG telah mendaftar sebagai salah sebuah agensi yang turut serta dalam kempen ini. Pada 7 Mei 2021 yang lepas, JMG buat kali yang pertama telah mendaftarkan sebanyak tujuh (7) batang pokok yang ditanam oleh JMG Sarawak.

Semua pegawai dan kakitangan JMG boleh turut menyumbang kepada kempen ini dengan memaklumkan kepada urusetia kempen ini di Cawangan PPO, Ibu Pejabat JMG iaitu Encik Khairul Nizam bin Ahmad Rauf.

Butir-butir yang perlu dimaklumkan adalah:

  1. Jenis pokok yang berkayu ialah seperti pokok buah-buahan, pokok cili, pokok bunga. Manakala contoh pokok bukan berkayu ialah seperti pokok pisang, kelapa, betik, sayur, keladi;
  2. Bilangan pokok yang ditanam, dan
  3. Lokasi (maklumkan Google Map Location) atau Koordinat Latitud-Longitud

Senarai Perkhidmatan Dalam Talian

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.