Aktiviti Semasa
A- A A+

jmg terengganu perasmian

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Menteri KeTSA telah mengadakan lawatan kerja pada 8 April 2021 ke negeri Terengganu dan telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Bangunan Baharu Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Terengganu. Tanah bagi tapak projek bangunan baharu JMG Terengganu ini telah diperolehi semasa RMKe-9 iaitu di Lot 3702 (60081), Mukim Cabang Tiga, Daerah Kuala Terengganu. Keluasan tanah ialah 5 ekar (2 hektar). Kelulusan bagi pembinaan bangunan dan kelengkapan pejabat baharu diperolehi pada tahun 2018 semasa RMKe-11.  

Kos keseluruhan projek tersebut adalah dianggarkan berjumlah sebanyak RM 25 juta. Pejabat baharu ini akan mempunyai 1 blok pejabat 4 tingkat, blok bangunan berangkai dan garaj kenderaan berat berbumbung.

Pembinaan ini dijangka siap pada Ogos 2023. Turut hadir dalam program ini ialah Ir. Yusof bin Abdul Ghani, Pengarah JKR Terengganu dan Wakil Hj. Baharudin bin Ali, Pegawai Penguasa JKR Terengganu. 

Senarai Perkhidmatan Dalam Talian

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.