batu layar thumbCerapan geologi di pantai Batu Layar semasa kerja lapangan korelasi geologi Johor Timur. (Foto: Nizarulikram Abd Rahim)Pemetaan geologi merupakan tugas asas JMG bertujuan menyediakan sebuah peta geologi yang lengkap bagi sesuatu kawasan pada skala yang sesuai. Aktiviti pemetaan geologi dimulakan sejak Jabatan ditubuhkan (1903) dan sangat aktif selepas kemerdekaan. Pada masa ini pemetaan geologi dilaksanakan mengikut prioriti iaitu di kawasan cadangan pembangunan dan kawasan berpotensi mineral.

Kaedah Pemetaan Geologi

Pemetaan geologi dijalankan dengan membuat cerapan singkapan batuan di lapangan serta dibantu oleh interpretasi imej satelit dan gambar udara. Kaedah geofizik dan penggerudian akan digunakan bagi mengetahui ciri-ciri geologi di bawah permukaan.

Peta Geologi

Peta geologi merupakan sebuah peta yang menunjukkan taburan, hubungkait dan komposisi bahan bumi seperti batuan dan enapan permukaan. Peta ini juga membekalkan maklumat struktur dan usia geologi serta ciri-ciri fizikal bahan bumi tersebut. Ahli geologi membuat kompilasi maklumat tersebut melalui cerapan di lapangan, gambar udara, penderiaan jauh dan maklumat topografi. Maklumat geologi diplot di atas peta asas yang mengandungi maklumat umum seperti topografi, jalan raya, sungai dan lainlain fitur semulajadi.

Kegunaan Peta Geologi