Pemetaan Geologi & Geologi Warisan

Pemeliharaan Sumber Warisan Geologi

Lanskap berpandangan indah dan singkapan batuan unik dengan pelbagai nilai saintifik, estatik, warisan, sejarah dan budaya merupakan khazanah negara yang perlu dikenalpasti dan dipelihara. Kepelbagaian geologi ini merupakan sumber semulajadi yang boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan utama dan dijadikan warisan untuk generasi masa kini dan akan datang.

Inisiatif pembangunan berkonsep geopark di bawah UNESCO telah terbukti dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di suatu kawasan dan akan dapat menjana ekonomi kepada masyarakat setempat dan negara. Selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, JMG memainkan peranan aktif dalam membuat pemetaan geologi warisan dan pencirian geotapak untuk pewartaan dan dibangunkan sebagai geopark.
This image for Image Layouts addon

Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Kawasan Risiko Gempa Bumi

Maklumat sesar aktif, lokasi pembinaan Penanda Aras Gempabumi (PAG) dan rekod pergerakan PAG daripada kerja-kerja pemetaan ini sangat berguna dalam membantu jabatan dan pihak berkuasa tempatan melaksana dan merancang pembangunan yang lebih selamat, mengurangkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.
This image for Image Layouts addon

Pemetaan Geologi Khusus

This image for Image Layouts addon

Pemetaan Geologi Warisan

Kajian geologi warisan dijalankan projek ‘Penilaian Potensi Pembangunan Geoparkuntuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negara’ bagi memastikan khazanah alam semulajadi yang sangat berharga dapat dikekalkan untuk faedah generasi akan datang. Menerusi kajian ini, konsep tapak terpelihara, monumen geologi, geopark dan lanskap berpandangan indah dapat diperkenalkan kepada orang awam.