Soalan Lazim

Penerbitan

Saya ingin mendapatkan salinan peta/buku tahunan/laporan daripada JMG. Bagaimana saya mendapatkan memohon dan mendapatkan maklumat seperti harga dan sebagainya?

Salinan peta/buku tahunan/laporan terbitan JMG boleh diperolehi di Perpustakaan JMG. Untuk tujuan itu, tuan/puan boleh menghubungi Perpustakaan Ibu Pejabat JMG melalui talian 03-88716000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Latihan

Saya ingin memohon untuk menjalankan latihan industri di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Bagaimana saya memohon?

Untuk makluman, permohonan menjalani latihan industri dilakukan secara atas talian di laman web rasmi. Untuk memohon, tuan/puan perlu mendaftar terlebih dahulu, kemudian melengkapkan borang dan muat naik dokumen sokongan yang berkenaan.

Kelulusan, bagaimanapun, adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan keutamaan diberikan kepada pelajar jurusan geologi/sains bumi/kejuruteraan sumber mineral dan yang setara dengannya.

Penggabungan Sijil Pembedil dan Sijil Juruletup

Apakah penggabungan sijil pembedil dan sijil juruletup?

Sijil pembedil dan sijil juruletup adalah perakuan kelayakan untuk menjalankan kerja peletupan. Sijil pembedil dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains manakala sijil juruletup dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia. Penggabungan sijil pembedil dan sijil juruletup bermaksud kedua-dua sijil tersebut digabungkan menjadi satu sijil atau perakuan yang sah laku digunakan untuk kerja peletupan.