MySTEP JMG

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP)

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak). Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Borang Permohonan

Sila Lengkapkan Setiap Ruangan di Bawah

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input

Info

Terma dan Syarat Permohonan

Terma dan syarat berikut mengawal penggunaan laman web ini. Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan atau mengakses laman web ini.

Terma dan syarat ini boleh disemak tanpa notis dari semasa ke semasa.

  1. Penerimaan Terma dan Syarat

    1. Jika anda terus melayari dan menggunakan laman web ini, anda dengan automatik bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan yang berikut (yang syaratnya termasuk garis panduan dan peraturan yang mungkin dipaparkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dari semasa ke semasa), yang bersama-sama dasar privasi kami, mengawal hubungan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan anda berhubung dengan laman web ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma dan syarat ini, sila jangan gunakan laman web kami.
    2. Anda bersetuju bahawa Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia boleh mengubah suai, menyemak dan meminda terma dan syarat dan/atau menggantung atau menamatkan laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis. Dengan terus menggunakan laman web ini, anda dianggap telah bersetuju untuk terikat dengan apa-apa pengubahsuaian dan pindaan pada terma dan syarat ini.
    3. Laman web ini mengandungi bahan yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada kami.
    4. Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang.
    5. Anda bersetuju untuk membenarkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berkomunikasi dengan anda melalui pelbagai saluran media dari semasa ke semasa. Saluran media di sini merujuk, tetapi tidak terhad kepada, khidmat pesanan ringkas, khidmat pesanan multimedia, Facebook, e-mel, Twitter, pemesejan segera.
  2. Akaun Majikan

    1. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan ID Pengguna dan Kata Laluan, dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua aktiviti yang berlaku di bawah ID Pengguna dan Kata Laluan anda sama ada benar-benar atau secara jelas dibenarkan dan/atau digunakan oleh anda ataupun tidak.
    2. Akaun anda hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna sahaja dan anda tidak akan membenarkan akses serentak menggunakan maklumat akses yang sama.
    3. Laman web ini disediakan atas dasar “seadanya”. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk menyediakan maklumat yang tepat di halaman ini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mahupun mana-mana kakitangannya tidak membuat apa-apa jaminan, tersurat atau tersirat, atau menerima apa-apa liabiliti undang-undang (setakat
      yang dibenarkan oleh undang-undang) atau tanggungjawab bagi kesesuaian, kebolehpercayaan, kekinian, ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini. Maklumat dalam laman web ini mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau kesilapan tipografi. Maklumat boleh diubah atau dikemas kini tanpa notis. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia juga boleh membuat penambahbaikan dan/atau perubahan pada laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis. Jika anda memberi apa-apa maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap, atau jika Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mengesyaki bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berhak untuk menggantung atau mengeluarkan data anda dan mengeluarkan anda daripada proses penyaringan.
    4. Laman web ini mungkin tidak tersedia untuk semua peranti yang dihubungkan kepada Internet. Anda menanggung semua tanggungjawab berhubung dengan kelengkapan dan perisian pengguna akhir yang diperlukan untuk mengakses laman web ini dan menanggung semua risiko yang berkaitan dengannya.
    5. Laman web ini mungkin tidak tersedia untuk diakses dari semua wilayah, negeri dan negara di dunia ini. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berhak, mengikut budi bicara tunggalnya, untuk membataskan atau menamatkan kebolehan anda mengakses laman web ini dari wilayah, negeri atau negara tertentu, dan anda menanggung semua risiko yang berkaitan dengan kebolehcapaian laman web ini dari mana-mana wilayah atau negara di dunia ini yang ditentukan.
    6. Penggunaan laman web ini oleh anda dan apa-apa pertikaian yang timbul daripada penggunaan laman web sedemikian adalah tertakluk kepada undang-undang tempatan, serantau dan antarabangsa.
    7. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berhak untuk membataskan atau melarang kemasukan anda ke dalam laman webnya mengikut budi bicara tunggalnya dan tidak akan bertanggungan terhadapnya.
  3. Permohonan

    1. memberi maklumat yang benar, tepat, semasa dan lengkap tentang diri anda seperti yang diminta dalam borang pendaftaran; dan
    2. memberi maklumat yang benar, tepat, semasa dan lengkap tentang diri anda seperti yang diminta dalam borang pendaftaran; dan
    3. menyenggara dengan segera mengemas kini data pendaftaran tersebut untuk memastikan ia tepat, semasa dan lengkap.
  4. Penggunaan

    1. Anda bersetuju untuk menggunakan laman web ini hanya untuk tujuan yang sah di sisi undang-undang dan menurut terma dan syarat ini.
    2. Anda bersetuju untuk memberitahu Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan serta- merta tentang apa-apa penggunaan yang tidak dibenarkan atau apa-apa pelanggaran keselamatan lain. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak boleh dan tidak akan bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kegagalan anda untuk mematuhi peruntukan ini.
    3. Anda tidak boleh menyerah hak dan/atau memberi kata laluan anda kepada mana- mana pihak ketiga. Kata laluan diberikan kepada anda untuk kegunaan peribadi anda sahaja.
    4. Anda tidak boleh membenarkan mana-mana orang lain:-
      1. menjual semula, berkongsi masa, memberi sublesen, atau selainnya memindahkan semua atau mana-mana bahagian laman web ini kepada mana- mana pihak lain; atau
      2. menggunakan laman web secara komersil tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
    5. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan tempatan, negeri, negara dan antarabangsa yang boleh diguna pakai dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua tindakan atau ketinggalan yang berlaku di bawah penggunaan anda, termasuk kandungan komunikasi anda melalui laman web ini.
      Menyedari akan sifat global Internet, anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan tempatan berkenaan perlakuan dalam talian. Secara khusus, anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang yang boleh diguna pakai berkenaan komunikasi dalam talian dalam negara yang anda tinggal.
    6. Anda tidak boleh menggunakan laman web ini dengan apa jua cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, terlalu membebani atau menjejaskan laman web (atau rangkaian yang terkait dengannya) atau mengganggu penggunaan dan pemanfaatan laman web ini oleh mana-mana pihak lain.
    7. Anda tidak boleh menggodam, membuat tuntutan trafik yang berlebihan, menghantar atau memajukan surat berangkai, “mel remeh” atau "spam" daripada apa-apa jenis, tinjauan, peraduan, skim piramid ataupun sebaliknya terlibat dalam apa-apa tingkah laku lain yang bertujuan untuk menghalang pengguna lain daripada menggunakan dan memanfaatkan laman web ini yang berkemungkinan akan merosakkan atau memusnahkan reputasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia atau mengganggu penggunaan dan pemanfaatan oleh pengguna lain.
    8. Anda tidak boleh memintasi pengesahan pengguna atau keselamatan apa-apa hos, rangkaian atau akaun (dirujuk sebagai "perengkahan” atau “penggodaman”) mahupun mengganggu perkhidmatan kepada mana-mana pengguna, hos atau rangkaian (dirujuk sebagai “serangan penafian perkhidmatan”) mahupun menyalin mana-mana halaman atau mendaftar kata kunci yang sama dengan enjin carian untuk mengelirukan pengguna lain agar mereka fikir bahawa mereka sedang membaca laman web Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang sah (dirujuk sebagai “rampasan laman” ("page- jacking") atau menggunakan laman web untuk apa-apa perlakuan lain yang tidak sah atau tidak menyenangkan. Pengguna yang melanggar keselamatan sistem atau rangkaian boleh menanggung liabiliti jenayah atau sivil dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia akan, mengikut budi bicara mutlaknya, bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasatan pelanggaran jenayah yang disyaki, pelanggaran keselamatan sistem atau rangkaian di bawah kepimpinan pihak penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa yang berkaitan;
    9. Anda tidak akan memaparkan atau menghantar melalui laman web ini apa-apa bahan yang bersifat fitnah, memudaratkan, lucah, mengancam, pornografi, perkauman, jahat, menyakitkan hati, kasar, seksis, kesat atau selainnya bahan yang tidak sah atau bahan yang melanggar atau menyalahi hak kami atau hak orang lain dengan apa jua cara (termasuk hak harta intelektual, hak kerahsiaan, atau hak privasi) atau yang menyebabkan kecemasan atau kesulitan. Sentiasa layan pengguna lain dengan penuh hormat.
    10. Anda boleh mewujudkan satu pautan atau “hiperpautan” ("deep link") ke laman web
      ini dari laman anda, dengan syarat anda telah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan bahawa menurut budi bicara tunggal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, konteksnya berkaitan dan pautan itu atau pemerihalannya tidak memudaratkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
    11. Anda tidak akan menyiarkan, menyalin, memuat turun, menghasilkan semula, menerbitkan semula, menghantar dengan apa jua cara walau apa pun, apa-apa bahan dalam laman web ini kecuali seperti yang diperlukan semata-mata untuk kegunaan anda sendiri secara peribadi di rumah dan bukan secara komersil.
    12. Apa-apa pengedaran semula atau penghasilan semula mana-mana atau semua kandungan dalam apa jua bentuk adalah dilarang selain daripada yang berikut:
      1. Anda boleh mencetak atau memuat turun ke cakera keras setempat atau apa- apa ekstrak peranti storan setempat untuk kegunaan peribadi anda sahaja dan bukan secara komersil; DAN
      2. Anda boleh menyalin kandungan bagi individu pihak ketiga untuk kegunaan peribadi mereka, tetapi hanya jika anda memperakui bahawa laman web ini adalah sumber bahan tersebut.
    13. Anda tidak boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis yang nyata daripada kami, mengedar atau mengeksploitasi secara komersil kandungan laman web ini. Anda juga tidak boleh menghantarnya atau menyimpannya dalam mana-mana laman web lain atau apa-apa jenis sistem perolehan semula elektronik yang lain.
    14. Anda tidak akan melakukan apa-apa yang akan menjejaskan kebolehkendalian atau keselamatan laman web ini atau menyebabkan kesulitan atau kesalahan atau gangguan yang tidak wajar kepada kakitangan kami.
    15. Anda dikehendaki untuk menandatangani surat penerimaan dan persetujuan keatas kesemua terma dan syarat ini jika diarahkan berbuat sedemikian oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
  5. Penamatan/Pembatasan Akses

    1. Anda boleh menamatkan dan/atau menarik balik permohonan anda melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. pada bila-bila masa.
    2. Tanpa membataskan apa-apa yang terkandung dalam dokumen ini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berhak untuk menggantung dan/atau menamatkan dan/atau membatalkan permohonan dan akaun anda pada bila-bila masa tanpa notis dan untuk apa-apa sebab.
    3. Sebagai tambahan kepada apa-apa hak penamatan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia boleh menggantung atau menamatkan pendaftaran anda tanpa notis dan mengikut budi bicara tunggalnya jika:
      1. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mengesyaki penggunaan laman web yang melibatkan penipuan (Penggunaan akaun yang melibatkan penipuan boleh merangkumi tetapi tidak terhad kepada: (a) membenarkan akses kepada alamat e-mel dan kata laluan anda kepada pihak ketiga, atau (b) memasukkan maklumat pengguna yang tidak sah atau kelihatan tidak sah untuk permohonan anda, atau (c) mencuba untuk memohon di bawah beberapa nama samaran atau dengan maklumat pengguna yang berlainan);
      2. Anda banyak melanggar terma dan syarat ini atau apa-apa notis yang dipaparkan dari semasa ke semasa dalam laman web ini, apa-apa undang- undang, perintah atau peraturan yang boleh diguna pakai yang berkaitan dengan penggunaannya;
      3. Apa-apa undang-undang, peraturan atau tindakan kerajaan yang menyebabkan semua atau mana-mana bahagian laman web ini tidak sah atau tidak boleh digunakan;
      4. Penggunaan kata laluan anda menjejaskan atau mengancam untuk menjejaskan integriti atau kefungsian rangkaian dengan apa jua cara;
      5. Jika Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia percaya bahawa anda telah melanggar atau bertindak secara tidak konsisten dengan apa yang tersurat atau tersirat dalam terma dan syarat ini.
    4. Anda bersetuju bahawa Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak akan bertanggungan terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga bagi apa-apa penggantungan dan penamatan akses anda kepada Laman web.
  6. Hak Pemilikan

    1. Semua Tanda Dagang yang digunakan dalam laman web adalah tanda dagang Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Anda tidak boleh menggunakan Tanda Dagang ini, sama ada corak atau tanda kata: (1) sebagai atau sebagai sebahagian daripada tanda dagang anda sendiri; (2) dengan cara yang mungkin akan menimbulkan kekeliruan; (3) untuk mengenal pasti produk yang tiada kaitan dengannya; (4) untuk menandakan pengendorsan atau selainnya bagi produk atau perkhidmatan yang tiada kaitan dengannya; atau (5) dengan apa jua cara yang atau boleh merosakkan reputasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia atau Tanda Dagangnya.
    2. Anda mengakui dan bersetuju bahawa laman web ini atau mana-mana bahagiannya, sama ada dipersembahkan kepada anda oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, pengiklan atau mana-mana pihak ketiga, dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang,
      tanda khidmat, paten atau hak dan undang-undang pemilikan lain. Semua hak terpelihara dengan jelas.
    3. Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan laman web ini seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini dan tiada apa-apa dalam laman web ini akan ditafsirkan sebagai memberi apa-apa lesen atau pemindahan hak lain kepada anda bagi apa-apa hak harta intelektual atau hak kepunyaan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
  7. Penafian & Pembatasan Liabiliti

    1. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak membuat apa-apa waranti atau jaminan bahawa laman web akan memenuhi keperluan anda atau bahawa laman web adalah selamat, tepat pada masanya, tidak terganggu atau bebas daripada kesilapan, atau bahawa apa- apa data, kandungan, maklumat, perisian atau bahan lain yang boleh diakses dalam atau melalui laman web ini serta bebas daripada virus atau komponen lain yang berbahaya. Penggunaan tapak web adalah atas risiko anda sendiri dan anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kerosakan yang timbul daripadanya.
    2. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang boleh diguna pakai, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menafikan semua jaminan, secara nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kebolehdagangan yang tersirat, kesesuaian bagi tujuan, hak milik dan bukan pelanggaran tertentu berhubung dengan laman web ini dan urus niaga yang dilaksanakan melalui Internet secara umum. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak membuat apa-apa pernyataan atau jaminan berhubung dengan kualiti panggilan atau apa-apa hubungan dengan atau apa-apa penghantaran melalui Internet.
    3. Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang yang boleh diguna pakai, dalam apa jua keadaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kecuaian, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa ganti rugi langsung, tidak langsung, sampingan, khas atau turutan, ganti rugi bagi kehilangan untung (walaupun jika Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah diberitahu tentang kemungkinan berlaku ganti rugi tersebut atau walaupun jika ganti rugi tersebut dapat dijangka), yang timbul daripada penggunaan atau ketidakbolehan untuk menggunakan laman web ini, apa-apa perubahan pada laman web ini dan akses tanpa kebenaran atau perubahan pada penghantaran anda atau data, apa-apa komunikasi, penghantaran, bahan atau data yang dihantar atau diterima atau tidak dihantar atau diterima, atau apa-apa urus niaga yang dibuat melalui laman web ini atau yang timbul berhubung dengan tindakan penipuan atau tidak sah oleh mana-mana pihak ketiga.
    4. Anda bersetuju secara khusus bahawa Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap apa-apa kandungan yang
      mengancam, fitnah, lucah, menyakitkan hati atau tidak sah atau perlakuan mana-mana pihak lain atau apa-apa pelanggaran hak pihak lain, termasuk hak harta intelektual.
    5. Jika anda tidak berpuas hati dengan laman web ini, anda bersetuju bahawa satu- satunya remedi eksklusif anda adalah dengan berhenti menggunakan laman web ini.
    6. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menjaga privasi dan keselamatan semua maklumat peribadi yang anda berikan dalam laman web ini, tetapi pihak ketiga (seperti penggodam) mungkin melanggar atau cuba untuk melanggar langkah keselamatan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia atau boleh mendapat akses tanpa kebenaran ke pangkalan data atau kelengkapan lain yang mengandungi maklumat anda. Anda bersetuju bahawa Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa jenis ganti rugi, sama ada yang timbul di bawah kontrak, tort, atau selainnya, berhubung dengan apa-apa pelanggaran keselamatan laman web ini atau apa-apa kelengkapan lain syarikat atau maklumat pengguna.
    7. Kandungan halaman laman web ini adalah untuk maklumat dan kegunaan umum anda sahaja. Ia tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
    8. Penggunaan apa-apa maklumat atau bahan dalam laman web ini adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya, yang baginya kami tidak akan bertanggungan. Ia menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk memastikan apa-apa perkhidmatan atau maklumat yang didapati melalui laman web ini memenuhi keperluan khusus anda.
  8. Tanggung Rugi

    1. Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahankan dan menghindarkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, pegawai, pengarah, kakitangan, ejen, pemegang sahamnya dan mana-mana penyedia maklumat pihak ketiga kepada laman web ini daripada dan terhadap semua kerugian, perbelanjaan, ganti rugi dan kos, termasuk fi peguam cara, yang timbul akibat anda melanggar apa-apa terma dan syarat ini atau anda dituntut oleh mana-mana pihak ketiga disebabkan atau timbul akibat penggunaan atau perlakuan anda dalam laman web ini.
    2. Peruntukan dalam perenggan ini adalah untuk manfaat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan pegawai, pengarah, kakitangan, ejen dan pemegang sahamnya dalam laman web ini. Setiap seorang daripada individu atau entiti ini berhak untuk menuntut dan menguatkuasakan peruntukan ini secara langsung terhadap anda bagi pihak dirinya sendiri.
  9. Pautan ke Tapak Pihak Ketiga

    1. Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga ("Laman web Terpaut"). Pautan ini disediakan untuk kemudahan anda memberi maklumat lanjut. Ia tidak menandakan yang kami mengendors Laman web Terpaut ini. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungannya dan jika Tapak web Terpaut ini tidak berfungsi dengan sewajarnya.
    2. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap iklan, termasuk tanpa pengehadan apa-apa pautan yang terkandung dalam sesuatu Laman web Terpaut dan tidak mengendors apa-apa kandungan, pengiklanan, produk atau bahan lain dalam atau yang terdapat dari laman web atau sumber sedemikian. Anda bertanggungjawab untuk melihat dan mematuhi pernyataan privasi dan syarat penggunaan yang dipaparkan pada Laman web Terpaut itu serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa apa-apa yang anda pilih untuk kegunaan anda adalah bebas daripada virus, cecacing, kuda Trojan dan perkara lain yang bersifat pemusnah.
    3. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap dan tidak mengendors melainkan dinyatakan dengan jelas, kandungan yang diwujudkan atau diterbitkan oleh pihak ketiga yang termasuk dalam Laman web Terpaut dan perkhidmatan atau perkara yang mungkin terpaut ke dan dari Laman web Terpaut.
    4. Apa-apa urusan dengan pihak ketiga (termasuk pengiklan) tentang Laman web Terpaut atau penyertaan dalam promosi, termasuk penyampaian dan pembayaran untuk barang dan perkhidmatan serta apa-apa terma, syarat, jaminan atau pernyataan lain yang berkaitan dengan urusan atau promosi tersebut, adalah antara anda dengan pengiklan, pedagang atau pihak ketiga lain semata-mata.
    5. Anda bersetuju bahawa Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan, secara langsung atau tidak langsung, terhadap apa-apa kerosakan atau kerugian yang disebabkan atau didakwa disebabkan oleh atau berhubung dengan penggunaan atau pergantungan terhadap apa-apa kandungan, barang atau perkhidmatan tersebut yang terdapat dalam atau melalui apa- apa laman web atau sumber sedemikian. Pembelian apa-apa produk atau perkhidmatan daripada pedagang dari Laman web Terpaut adalah urus niaga antara anda dengan pedagang itu semata-mata, dan apa-apa persoalan atau pertikaian yang anda mungkin ada berkenaan apa-apa produk atau perkhidmatan tersebut hendaklah ditujukan terus kepada pedagang yang bertanggungjawab. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau liabiliti terhadap mana-mana pedagang atau hubungan anda dengan pedagang tersebut.
  10. Data Peribadi dan Privasi

    1. Rujuk Notis Privasi kami untuk mengetahui cara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mengumpul dan melindungi data peribadi anda.
  11. Hak Cipta

    1. Laman web ini dan kandungannya ialah hak cipta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Semua hak terpelihara.
  12. Kebolehasingan

    1. Terma dan Syarat ini boleh diasingkan iaitu, jika mana-mana peruntukan diputuskan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana mahkamah dalam bidang kuasa kompeten, peruntukan tersebut hendaklah dianggap telah dipotong tanpa menjejaskan peruntukan lain yang masih ada dalam Terma dan Syarat ini.
  13. Penepian

    1. Kegagalan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk melaksanakan apa-apa hak atau peruntukan tertentu dalam Terma dan Syarat ini hendaklah tidak dijadikan penepian hak atau peruntukan tersebut melainkan diakui dan dipersetujui oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia secara bertulis.
  14. Undang-undang yang Terpakai

    1. Penggunaan laman web ini oleh anda dan pengendalian terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini hendaklah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan laman web ini, termasuk terma dan syarat ini hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input