Tatacara dan Etika Penggunaan Video Conferencing JMG

  1. TATACARA SEBELUM VC
    1. Pemakluman tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat diadakan;
    2. Urusetia perlu mengenalpasti perisian VC yang akan digunapakai dalam mesyuarat tersebut dan perlu menguasai kemahiran asas menggunakan perisian tersebut seperti create link, share desktop, chat, video dan audio dalam perisian tersebut;
    3. Seterusnya membuat persiapan awal dengan memuat turn perisian VC tersebut, membuat ID login jika perlu dan share link join meeting kepada ahli mesyuarat; dan
    4. Melaksanakan sesi dry run dan pengujian awal oleh urusetia mesyuarat yang terlibat bersama CPM. Membuat pengulian peralatan VC atau aplikasi sehari sebelum mesyuarat.
  1. TATACARA SEMASA VC
    1. Urusetia perlu setup peralatan dan perisian VC satu (1) jam sebelum mesyuarat bermula bersama CPM;
    2. Urusetia perlu membuat jemputan awal mesyuarat VC melalui emel beserta link join meeting.
  1. ETIKA PENGGUNAAN VIDEO CONFERENCING
    1. Tidak mendedahkan pautan mesyuarat VC kepada yang tidak berkaitan;
    2. Sebarang komen mengenai isu-isu yang melibatkan agensi atau yang berbentuk serangan peribadi hendaklah dielakkan;
    3. Warga JMG yang menggunakan sidang video perlu memastikan skin paparan tidak mengandungi perkara-perkara yang sensitif;
    4. Warga JMG dilarang menggunakan akaun milk orang lain, berkongsi akaun, memberikan akaun kepada orang lain, menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai orang lain;
    5. Warga JMG yang menggunakan sidang video perlu memastikan mikrofon berada dalam mod senyap semasa menyertai mesyuarat. Mikrofon hanya diaktifkan apabila ingin bercakap;
    6. Warga JMG yang menggunakan sidang video perlu menepati masa dan bersedia lebih awal untuk memastikan kelancaran audio dan video peranti yang digunakan; dan
    7. Sila pastikan anda keluar apabila tamat sesi sidang video untuk mengelak serangan virus atau penggunaan ID oleh pihak yang tidak berkenaan.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input