Seranta awam atas talian ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan mendukung prinsip ketelusan dan kesaksamaan bagi pelaksanaan sesuatu undang-undang.

Oleh yang demikian, halaman ini disediakan untuk perundingan awam dan akan memaparkan draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan, dan lain-lain). Draf tersebut akan dipaparkan pada halaman ini dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

Orang awam adalah digalakkan untuk memberi pendapat dan pandangan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dalam tempoh ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Seranta Awam Atas Talian, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012 seperti dikepilkan ini:

Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012.pdf
Popular 209.57 KB
28/04/2014 11:13:15


Buat masa ini, dimaklumkan tiada draf cadangan baru atau pindaan undang-undang untuk dipaparkan.